Berita Harian

Alumni sumbang bakti jadi petugas barisan hadapan

-

Shah Alam: Pengalaman terbabit secara langsung dalam operasi penyelamat berkaitan pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, tidak dapat dilupakan graduan Diploma Pembantu Perubatan, Fakulty of Health & Life Sciences dari Management and Science University (MSU), Lans Koperal Mohd Helmie Hussaini Azahar.

Beliau adalah sebahagian dari pasukan Unit Peninjau Kimia, Biologi, Radiologi dan Nuklear (CBRN) 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Terendak, Melaka yang dikerahkan ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang untuk mengatasi ancaman kimia beracun di kawasan berkenaan.

“Alhamdulil­lah, pengalaman bersama CBRN serta latihan Tactical Casualty Care bersama anggota tentera dari China, Singapura, Australia dan Denmark selama tiga bulan pada 2016 dan bersama anggota tentera Australia dan Kanada, khusus dalam aspek Chemical Biology Radiation Nuclear Exploitati­on (CBRNE) memberikan keyakinan untuk berdepan dengan cabaran ini,” kata Mohd Helmie.

Pada Mac lalu, beliau sekali lagi terbabit sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19, dalam Ops Penawar di Simpang Renggam dalam memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi.

Selain itu, beliau juga membantu menyediaka­n pusat kuarantin sementara COVID-19 atau Low-risk Patient Quarantine and Treatment Centre di Malaysia Exposition Park Serdang (MAEPS) di Serdang.

Mohd Helmie berkata, pengalaman­nya mengikuti pengajian di MSU amat bermakna kerana berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti khidmat masyarakat yang memberikan­nya nilai tambah apabila berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia.

“Persekitar­an dan tuntutan kerja saya turut memerlukan untuk berinterak­si bersama masyarakat,” katanya.

 ??  ?? Mohd Helmie ketika berkhidmat dalam misi kemanusiaa­n di Cox’s Bazaar, Bangladesh.
Mohd Helmie ketika berkhidmat dalam misi kemanusiaa­n di Cox’s Bazaar, Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia