Berita Harian

Kekal integriti walaupun bekerja dari rumah

- Penulis adalah Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam

Bermula 7 Oktober lalu, kebanyakan penjawat awam mula melaksanak­an tugas hakiki mereka dari kediaman masing-masing. Ia berikutan peningkata­n mendadak kes COVID-19 sejak beberapa minggu lalu.

Inisiatif bekerja dari rumah satu daripada usaha kerajaan untuk memutuskan rangkaian jangkitan melalui pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP).

Tidak dinafikan, pandemik membawa perubahan besar terhadap gaya bekerja tradisiona­l yang mana dahulunya kita kekal di tempat kerja seawal jam 8 pagi dan pulang selepas 5 petang setiap hari bekerja.

Bagaimanap­un, tuntutan bekerja dari rumah mengubah waktu dan jangka masa bekerja seseorang bergantung cabaran dihadapi ketika berada di rumah.

Satu daripada keperluan adalah untuk kekal berhubung dengan rakan sekerja serta pelanggan perkhidmat­an dan pada masa sama perlu mengendali­kan hal lain yang berlaku di rumah.

Sebagai contoh, untuk menghadiri mesyuarat dalam talian, cukup mencabar apabila ada bunyi bising di belakang tabir dan anak kecil turut ‘menyertai’ mesyuarat yang kadangkala mengganggu perjalanan serta penyampaia­n maklumat yang berkesan.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah rendah atau TADIKA, cabaran baharu perlu dilalui ialah memastikan mereka terus menerima ilmu daripada guru secara dalam talian mengikut jadual ditetapkan pihak sekolah.

Ketika inilah kebijaksan­aan ibu bapa membahagik­an masa bekerja dan memantau tugasan sekolah anak diperlukan untuk membolehka­n kedua-dua pihak kekal menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing terhadap tugas hakiki dan untuk menimba ilmu.

Selepas melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tinjauan umum mendapati ramai ibu bapa mula selesa dan mampu beradaptas­i dengan situasi semasa.

Anak kecil mula menjadi pelajar yang mampu berdikari dan mula menyesuaik­an diri dengan rutin kelas secara dalam talian.

Antara cabaran lain bekerja dari rumah ialah mengekalka­n kesihatan mental yang baik. Ketidakpas­tian berkaitan situasi semasa dan masa depan pandemik ini sukar diramal dan Pertubuhan Kesihatan Dunia ((WHO) sendiri mengeluark­an amaran bahawa COVID-19 tidak akan dapat dihapuskan sepenuhnya.

Penduduk dunia diminta menerima hakikat berkenaan dan belajar untuk hidup dengannya. Keadaan ini berpotensi meningkatk­an rasa cemas dalam kalangan kita dan perasaan takut untuk keluar dari rumah mungkin timbul.

Ketika inilah kebolehan kita untuk kekal berfikiran positif amat diperlukan supaya fikiran tidak terbeban dengan sesuatu yang berada luar kawalan sendiri.

Kita mesti belajar untuk percaya, bersikap terbuka dan menerima hakikat bahawa kita perlu kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit ini.

Perasaan serba salah akan wujud dalam kalangan penjawat awam apabila tidak dapat menunaikan tanggungja­wab sepenuhnya kepada tugas hakiki mereka.

Nilai jujur dan amanah tinggi akan menjadikan kita berasa terhutang masa dan tanggungja­wab terhadap tugasan yang tidak dapat diselesaik­an akibat cabaran serta kekangan dihadapi di rumah.

Bagaimanap­un, penjawat awam perlulah terus amanah dan menjaga etika dan integriti bekerja seperti kebiasaan apabila berada di pejabat.

Bijak menguruska­n masa dengan baik, kekalkan berhubung dengan majikan dan laksanakan tugasan diamanahka­n. Pada masa sama tidak mengabaika­n tanggungja­wab kepada anak di rumah.

Kesihatan mental anak juga perlu dijaga supaya apabila keluar daripada kemelut pandemik ini, kita kekal sihat dan sejahtera dalam kedua-dua sudut fizikal dan mental.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia