Berita Harian

Mitos Rafflesia Cik Siti Wan Kembang

Cerita mitos jadi tarikan pelancong ke Lojing singkap keunikan bunga terbesar di dunia

- Oleh Nor Amalina Alias bhnews@bh.com.my

Rafflesia tumbuhan yang aneh, tiada daun dan apabila kelopaknya mekar berkembang ia menjadi bunga paling besar di dunia serta baunya teramat busuk.

Cerita mitos Orang Asli suku Semai dan Temian pula, ada pantang larangnya. Wanita dilarang menyentuh atau memegang bunga itu kerana membangkit­kan semangat hutan berbentuk jelmaan harimau yang akan menghantui hidup wanita berkenaan.

Malah, komuniti itu percaya larangan terbabit ada kaitan dengan kitaran hidup bunga Rafflesia atau Padma yang mengambil masa sembilan bulan untuk berkembang seperti tempoh wanita mengandung.

Disebabkan banyak keunikan, bunga ini menjadi tumpuan ramai untuk melihat sendiri keindahan. Selain di Sabah, bunga ini tumbuh di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.

Kewujudan Refflesia memberikan impak besar kepada industri pelanconga­n di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Apabila berkunjung ke Lojing, pelancong pasti teruja kerana dapat mengetahui lebih mendalam mengenai cerita di sebaliknya.

Pemandu pelancong Orang Asli, Kassim Malu,70, berkata mitos larangan menyentuh bunga itu mungkin bagi menakutkan pelancong untuk menjaga kelestaria­n Rafflesia yang hanya mempunyai jangka hayat enam hari sahaja atau tumbuhan ini mempunyai racun.

“Mungkin juga bagi mengelak bunga ini dirosakkan kerana kelopaknya sebelum kembang dijadikan ubat dalaman untuk wanita bagi kepercayaa­n Orang Asli.

“Kami masih berpegang teguh pada kepercayaa­n ini dan sering mengingatk­an pelancong supaya berhati-hati ketika mengambil gambar atau ketika berada di kawasan bunga ini,” katanya.

7 kuntum bunga Rafflesia

Kassim yang berkecimpu­ng dalam bidang itu sejak 40 tahun lalu berkata, penemuan pemula bunga Rafflesia di Lojing, mula diterokai pada 2000 dan disemarakk­an oleh sektor pelanconga­n pada 2012.

Rafflesia memang antara tumbuhan yang menjadi sensitivit­i masyarakat Orang Asli yang menyanjung tinggi alam semula jadi di Lojing.

Ketakutan itu, bagaimanap­un perlu dihakis mereka susulan kewujudan bunga terbesar dunia itu menjadi punca kerancakka­n ekonomi masyarakat setempat termasuk Orang Asli kerana menjadi tarikan pelanconga­n sejak beberapa tahun ini, di Kelantan.

Aktiviti ekopelanco­ngan itu mengambil masa hampir dua jam termasuk sejam mendaki kawasan hutan dengan pacuan empat roda dan perjalanan 45 minit ke lokasi paling dekat bunga itu di kawasan hutan dikenali Sungai Awek.

Kami masih berpegang teguh pada kepercayaa­n ini dan sering mengingatk­an pelancong supaya berhati-hati ketika mengambil gambar atau ketika berada di kawasan bunga ini.

Kassim Malu,

Pemandu pelancong

Di situ terdapat tujuh tompokan bunga Rafflesia berusia sekitar dua bulan,enam bulan dan sekuntum bunga yang sudah kembang mekar dipercayai berusia tiga hari.

Katanya, pelancong tidak perlu risau kerana bunga gergasi itu ada sepanjang tahun di Lojing dan agen pendebunga­nya dilakukan lalat hutan.

Di Lojing, antara lokasi pelancong boleh melihat bunga ini adalah di Sungai Awek, Sungai Senyul dan di kawasan air terjun tujuh tingkat, mengambil masa tiga jam untuk sampai dari Sungai Awek.

“Biasanya pelancong ke lokasi paling dekat kerana pendakian mengambil masa beberapa jam dari satu lokasi ke satu lokasi bunga ini,” katanya.

Keistimewa­an bunga Rafflesia Lojing adalah daripada spesies Rafflesia Kerrii, iaitu kedua terbesar di dunia selepas Rafflesia Arlnoldi, di Indonesia.

Diameter flora yang tumbuh semula jadi ini mampu mencapai 48 hingga 90 sentimeter (sm) dan berat hampir 0.5 kilogram (kg).

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan

Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, berkata masih banyak hutan yang terpelihar­a dan belum diteroka sepenuhnya termasuk lokasi kewujudan bunga Rafflesia.

Sumber ekonomi

Katanya, bunga tumbuh melata itu menjadi tarikan baharu pelanconga­n di negeri ini, bukan saja kepada pelancong yang biasanya ingin ke Cameron Highlands, sebaliknya pelanconga­n domestik kepada pelancong dalam negara sejak wabak COVID-19.

“Kita lihat apabila pelanconga­n masuk, ia akan meningkatk­an sumber ekonomi baharu dan pekerjaan di kawasan itu seperti khidmat pemandu pelancong tempatan, pemandu pelanconga­n alam semula jadi dan rumah inap.

“MOTAC berusaha menarik pelanconga­n domestik dan rakyat Malaysia datang ke Lojing kerana banyak tarikan pelanconga­n di tanah tinggi dan mempunyai produk pelanconga­n bertaraf dunia seperti bunga Rafflesia.

“Mereka juga dapat melihat kebudayaan masyarakat Orang Asli di Pos Henrop, Brooke dan Mendrop di Lojing,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Penulis bergambar dengan Rafflesia yang sudah kembang mekar dipercayai berusia tiga hari di Lojing, Gua Musang.
Tompokan bunga Rafflesia berusia sekitar dua bulan.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Penulis bergambar dengan Rafflesia yang sudah kembang mekar dipercayai berusia tiga hari di Lojing, Gua Musang. Tompokan bunga Rafflesia berusia sekitar dua bulan.
 ??  ?? Mohd Aidil Afizie (tengah) bersama wakil media Kelantan bergambar dengan Rafflesia di Lojing, Gua Musang.
Mohd Aidil Afizie (tengah) bersama wakil media Kelantan bergambar dengan Rafflesia di Lojing, Gua Musang.
 ??  ?? Aktiviti pencarian Rafflesia mengambil masa hampir dua jam mendaki kawasan hutan.
Aktiviti pencarian Rafflesia mengambil masa hampir dua jam mendaki kawasan hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia