Berita Harian

Tepis fitnah

Chacha Maembong buat laporan polis dituduh pelacur kelas atasan, terbabit Macau Scam

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Kehidupan golongan selebriti bukan seindah yang disangka. Pujian dan kecaman datang bersilih berganti. Jika iman dan mental tidak teguh tentu boleh sakit jiwa.

Secara luaran, ramai yang menyangkak­an hidup dunia glamor indah dan manis, lebih lagi menjadi pujaan ramai dan hidup dalam dulang emas. Namun, semuanya tidak hadir secara percuma kerana nilai yang tinggi harus dibayar.

Persediaan mental harus kental kerana berdepan dengan sikap prejudis netizen yang pantas menilai dan menghakimi, terutama pada era digital. 'Bermandika­n' kecaman sudah menjadi perkara biasa yang harus ditempuh terutama, selebriti yang sering mencetuska­n kontrovers­i.

Tidak terkecuali, pelakon kontrovers­i, Chacha Maembong dan penyanyi berimej seksi, Zizi Kirana.

Hanya kerana imej seksi, dua selebriti jelita ini turut dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang tular, baru-baru ini. Menerusi temu bual secara virtual bersama Kapsul Hiburan BHTV, Apa Kes? baru-baru ini, Chacha dan Zizi meluahkan perasaan berhubung cerita panas yang mengaitkan mereka.

Akui kesilapan lampau

Tidak malu mengakui kesilapan yang pernah dilakukan dahulu, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail percaya, setiap manusia akan berubah apabila tiba masanya nanti.

“Saya agak nakal ketika zaman remaja. Mungkin juga saya tak dapat kehidupan yang sepatutnya diperoleh. Netizen mengenali diri saya dari sudut yang dipaparkan, bukan sisi sebenar saya. Tak mengapa, saya anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.

“Walau apapun yang dilakukan, netizen tetap akan menghakimi berdasarka­n cerita masa silam. Tetapi, itu semua cerita lama. Sekarang, saya tidak mengulangi perbuatan zaman remaja, seiring peralihan usia dan fasa matang yang dilalui ketika ini,” kata pelakon berusia 24 tahun itu.

Buat laporan polis

Meskipun sudah banyak berubah, masih ada pihak yang menabur fitnah seperti dikaitkan aktiviti pelacuran kelas atasan dan sindiket Macau Scam hingga memaksanya membuat laporan polis demi mempertaha­nkan maruah diri.

Walaupun kecewa terus menjadi mangsa fitnah, adik kepada aktres, Emma Maembong itu menyifatka­n ia adalah asam garam yang perlu ditelan apabila memilih untuk bergelar anak seni.

“Apabila gosip ini bertebaran, netizen akan korek kembali cerita dan gambar lama saya. Lantas, mengaitkan saya dengan aktiviti tidak bermoral. Pun begitu, saya tak pernah menyesal menceburka­n diri dalam dunia seni, walaupun saya tahu segala tindak-tanduk akan menjadi perhatian.

“Saya minta maaf jika pernah buat silap sebelum ini. Seperti yang dikatakan, setiap orang ada masa silam dan jangan nilai berdasarka­n kesilapan yang dilakukan. Sekarang fokus saya hanya untuk kerjaya. Jika boleh, saya mahu orang bercerita dan menilai saya berdasarka­n hasil kerja, bukan soal peribadi,” luahnya memohon pengertian.

Turut terkena tempias ekoran sering berpakaian mencolok mata adalah Zizi yang meledak menerusi lagu Nak Ke Tak

Nak. Single terbarunya, Eh! dihasilkan sebagai luahan terhadap netizen yang gemar mengeluark­an komen kesat menerusi media sosialnya.

Terima gambar lucah

Cuma, bezanya pemilik nama sebenar, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu berdepan dengan situasi mengaibkan apabila sering menerima gambar lucah daripada lelaki hidung belang yang mahu menggoda.

“Saya geli apabila melihat gambar lucah. Bagi saya, netizen yang gemar menghantar gambar tidak senonoh kurang kasih sayang. Jadi, mereka cuba meraih perhatian dengan melakukan perkara jelik. Saya harap, mereka yang pernah buat kerja tak senonoh sedar apa yang dilakukan salah dan tidak kena pada tempat,” ujarnya.

Mengulas penampilan 'berani mati', penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, ia terpulang pada tanggapan masing-masing.

“Setiap orang mempunyai pandangan dan penilaian yang berbeza.

Jika berfikiran negatif dan anggap seksi, maka seksilah jadinya. Tetapi, jika nak kaitkan soal seksi dengan pembabitan aktiviti tidak bermoral, ia tidak tak adil. Saya berpakaian mengikut keselesaan.

“Walaupun komen yang ditulis netizen menyakitka­n hati, saya tetap mendoakan mereka baik-baik sahaja. Kepada peminat dan pembenci, terima kasih terus menyokong dan saya mendoakan anda bahagia. Positif atau negatif komen yang diberikan, saya terima dengan hati terbuka.

“Bagaimanap­un, saya akan membuat laporan polis jika sampai tahap mengancam keselamata­n,” tegas penyanyi yang berasal dari Semporna, Sabah ini.

Tercalon dua kategori

Sempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 yang bakal berlangsun­g 13 November ini, bekas anggota kumpulan The Fabulous

Cats itu menembusi top 20 bagi dua kategori, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia dan

Artis Kolaborasi/duo/ Berkumpula­n Popular.

Sebagai penyanyi yang boleh dikatakan seimbang dari segi pencapaian dan cerita panas, apakah memberikan kelebihan kepadanya untuk mengunggul­i dua kategori berkenaan?

“Saya bersyukur kerana baru sekarang berpeluang membolosi ABPBH 33 selepas 11 tahun bergelar anak seni. Saya tak sangka, ada peminat mengundi saya. Apapun, tercalon dalam senarai top 20 sudah besar rahmat. Saya tidaklah berkempen sangat. Cuma, apabila membuat video dengan peminat, saya minta mereka mengundi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Chacha kecewa menjadi mangsa fitnah.
Zizi akan membuat laporan polis jika keselamata­nnya terancam.
Chacha kecewa menjadi mangsa fitnah. Zizi akan membuat laporan polis jika keselamata­nnya terancam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia