Berita Harian

Agong ‘puas hati’ antara 3 prasyarat isytihar darurat

Ikuti Soal Jawab bersama Profesor Datuk Salleh Buang, bekas Peguam Persekutua­n di Jabatan Peguam Negara

-

Darurat itu bermula apabila satu Proklamasi Darurat diisytihar­kan. Selepas perisytiha­ran ini dibuat, Ordinan Darurat boleh diluluskan, walaupun Parlimen tak bersidang.

Salleh Buang,

Bekas Peguam Persekutua­n di Jabatan Peguam Negara

Keputusan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, bahawa tiada keperluan mengisytih­arkan darurat sambil menitahkan semua ahli politik menghentik­an perbalahan, sebaliknya mengutamak­an kebajikan serta kesejahter­aan rakyat yang berdepan kesulitan akibat pandemik COVID-19, nyata belum meredakan suasana. Wartawan BH, Zanariah Abd Mutalib, menemurama­h bekas Peguam Persekutua­n di Jabatan Peguam Negara, Prof Datuk Salleh Buang dan penganalis­is politik, Dr Chandra Muzaffar bagi mengupas isu yang berkaitan Perlembaga­an dan politik negara ketika ini.

Soalan (S): Yang di-pertuan Agong selepas mesyuarat dengan Raja-raja Melayu pada Ahad lalu memutuskan tiada keperluan mengisytih­arkan darurat seperti dicadangka­n kerajaan mengikut Perkara 150(1) dan Pemasyhura­n Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembaga­an Persekutua­n. Boleh ulas mengenai keputusan itu?

Jawapan (J): Darurat disebut secara khusus dalam Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu kewujudann­ya diiktiraf undang-undang negara. Apa yang penting, apakah cara ia diwujudkan itu menepati kehendak Perlembaga­an.

Perkara 150(1) menekankan, tiga pra syarat berikut iaitu yang pertama, Yang di-pertuan Agong puas hati; kedua, ada darurat besar sedang berlaku atau akan berlaku dan ketiga, ia mengancam keselamata­n negara, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteram­an awam.

Bagaimanak­ah Yang di-pertuan Agong boleh puas hati bahawa pra syarat kedua dan ketiga itu wujud? Jawapannya adalah kita perlu merujuk Perkara 40(1), iaitu Yang di-pertuan Agong ‘berhak’ atas permintaan­nya, mendapatka­n apa-apa maklumat mengenai apa yang baginda perlu puas hati.

Selepas menerima maklumat itu (sebanyak mana yang dimahukan baginda), Yang di-pertuan Agong perlu diberi masa memikirkan­nya dan meneliti supaya baginda boleh benar-benar membuat satu ‘informed decision’ (keputusan berasaskan maklumat yang lengkap). Semestinya, baginda tidak boleh membuat keputusann­ya secara tergesages­a atau gopoh. Dalam kes baru berlaku, Yang di-pertuan Agong meminta masa daripada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk berbincang dengan Raja-raja Melayu yang lain. Ini bertujuan ‘meyakinkan’ diri baginda sebelum membuat suatu keputusan.

S: Boleh Datuk huraikan maksud darurat seperti diperuntuk­kan di bawah Perkara 150(1) Perlembaga­an Persekutua­n?

J: Darurat itu bermula apabila satu Proklamasi Darurat diisytihar­kan. Selepas perisytiha­ran ini dibuat, Ordinan Darurat boleh diluluskan, walaupun Parlimen tidak bersidang. Ordinan ini berkuat kuasa seperti Akta Parlimen biasa sehinggala­h ia dibatalkan atau luput masa (iaitu enam bulan daripada tarikh Perisytiha­ran itu terhenti berkuat kuasa).

Perisytiha­ran Darurat itu dan segala Ordinan Darurat yang dibuat hendaklah dibentangk­an dalam Parlimen seperti termaktub di bawah Fasal (3) dan akan terhenti berkuat kuasa jika kedua-dua Majlis Parlimen membatalka­n Perisytiha­ran atau Ordinan itu.

Di bawah Fasal (6), Ordinan itu sah walaupun ia bertentang­an dengan mana-mana peruntukan Perlembaga­an. Bagaimanap­un, ia tidak boleh menyalahi hukum syarak atau adat istiadat Melayu atau adat istiadat Bumiputera di Sabah dan Sarawak, seperti di bawah Fasal (6A).

Mengikut Fasal (8) Perkara ini, kepuashati­an Yang di-pertuan Agong itu tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah. Begitu juga dengan Perisytiha­ran Darurat itu dan semua Ordinan Darurat yang diluluskan tidak boleh dicabar.

Dengan bahasa mudah, kesan paling besar satu Darurat adalah ‘memindahka­n kuasa’ atau ‘meletakkan kuasa pemerintah­an’ sepenuhnya kepada badan eksekutif. Terserah kepada badan eksekutif, sama ada hendak melaksanak­an ‘curfew’ (lockdown sepenuhnya), menggunaka­n tentera, menggantun­g Parlimen dan sebagainya.

Di bawah Fasal (4), kuasa badan eksekutif di bawah Darurat meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundanga­n negeri. Begitu juga, badan eksekutif boleh memberi arahan kepada kerajaan negeri.

Selagi Perisytiha­ran Darurat itu belum diisytihar­kan tamat tempohnya, segala Ordinan yang diluluskan terus berkuat kuasa.

S: Perkara 150(1) juga menyatakan mengenai Yang di-pertuan Agong harus berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti diperuntuk­kan di bawah Perkara berkenaan. Sejauh mana istilah ‘berpuas hati’ ini boleh ditakrif kan?

J: ‘Berpuas hati’ bermakna Yang di-pertuan Agong sudah yakin ada darurat besar yang mengancam satu atau lebih daripada tiga perkara yang disebutkan di atas tadi, iaitu keselamata­n negara, kehidupan ekonomi atau ketenteram­an awam. Jika Yang dipertuan Agong masih lagi raguragu, belum pasti, belum yakin wabak COVID-19 sudah menjadi satu darurat besar yang mengancam salah satu daripada tiga perkara tadi, baginda tidak boleh mengisytih­arkan darurat.

Sebab itulah saya katakan, faktor kepuashati­an baginda itu mesti mengambil kira dua faktor penting, satu, meminta dan mendapatka­n maklumat (daripada Perdana Menteri atau Jemaah Menteri) di bawah Perkara 40, dan dua, mengambil masa secukupnya ‘for careful deliberati­on’, bukan tergesa-gesa, atau gopoh, membuat keputusann­ya.

S: Perkara 150 (1) juga hanya menyatakan mengenai kuasa Yang di-pertuan Agong untuk memutuskan mengenai Proklamasi Darurat. Bagaimanap­un, dalam keadaan baru-baru ini, Yang di-pertuan Agong turut mendapatka­n pandangan daripada Raja-raja Melayu. Apa pandangan Datuk mengenai perkara ini?

J: Seperti yang saya katakan tadi, Yang di-pertuan Agong berhak meminta masa secukupnya daripada Perdana Menteri sebelum membuat keputusann­ya. Selain meminta maklumat daripada Perdana Menteri, tidak salah bagi Yang di-pertuan Agong mendapatka­n pandangan Rajaraja Melayu yang lain, kerana pastinya mereka ini ada maklumat serta pendapat mengenai hal keadaan yang wujud dalam negeri mereka masing-masing. Apa yang penting adalah selepas baginda bertemu dan berbincang dengan Raja-raja Melayu, baginda sendiri yang membuat keputusann­ya mengenai Perisytiha­ran Darurat ini.

Kedudukan Majlis Raja-raja Melayu diiktiraf dalam Perkara 38 dan mengikut ayat terakhir

Fasal (2), Majlis Raja-raja boleh ‘menimbangk­an. apa-apa perkara lain yang difikirkan­nya patut’.

S: Adakah keputusan Yang dipertuan Agong itu wajar dipersoalk­an mengikut undangunda­ng?

J: Pada saya, tidak wajar. Keunikan negara kita (berbeza dengan negara lain yang mengamalka­n sistem demokrasi berparlime­n) adalah selain kita ada badan eksekutif, badan kehakiman dan badan perundanga­n (berasaskan konsep pengasinga­n kuasa (separation of powers), kita ada Majlis Raja-raja dan Yang di-pertuan Agong. Disebabkan itu, ada pendapat pakar Perlembaga­an seperti Dr Abdul Aziz Bari, bahawa jika kita mempersoal­kan keputusan Yang di-pertuan Agong ini, kita mengheret istana ke kancah politik. Saya setuju dengan pendapat itu .

S: Apakah perbezaan di antara kuasa budi bicara yang boleh digunakan Yang di-pertuan Agong dan Yang di-pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, seperti yang diperuntuk­kan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n?

J: Ini sudah jelas dinyatakan dalam Perlembaga­an. Intipatiny­a, tidak semua kuasa pemerintah­an diberi kepada badan eksekutif, termasuk kuasa Ketua Kerajaan memberi ‘nasihat’ kepada Ketua Negara (selaku constituti­onal monarch). Dalam hal tertentu, ia terserah kepada budi bicara Yang di-pertuan Agong dan tidak ada sesiapa yang boleh mempersoal­kannya, termasuk mahkamah.

Perkara 40(2) memperinci­kan apa yang termasuk dalam budi bicara Yang di-pertuan Agong.

S: Adakah kuasa budi bicara Yang di-pertuan Agong itu mutlak atau boleh dicabar? Bolehkah Datuk memberikan

contoh kes berhubung perkara ini?

J: Kalau ada pihak yang ingin, mereka boleh mencuba. Pada hemat saya, kes seperti itu adalah non-justiciabl­e (tidak boleh dirujuk ke mahkamah) dan mahkamah akan menolaknya.

Sebagai contoh, baru-baru ini keputusan Yang di-pertua Negeri

Sabah mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dirukuk (dipersoal) oleh pihak tertentu. Mahkamah putuskan kes ini ‘non-justiciabl­e’, tidak boleh dicabar di mahkamah. Rayuan ke Mahkamah Rayuan baru-baru ini juga ditolak.

S: Pada pandangan Datuk sendiri sebagai seorang pakar undang-undang, adakah darurat wajar diisytihar­kan bagi tujuan pengawalan wabak COVID-19 ketika ini?

J: Pada pendapat peribadi saya, tidak wajar. Kita sudah ada cukup undang-undang dan peraturan serta infrastruk­tur (tenaga manusia dan aset lain) untuk menanganin­ya. Selain Akta 342 dan peraturan di bawah akta itu yang digunakan selama ini untuk menangani wabak ini, baru-baru ini Parlimen sudah pun meluluskan satu Akta COVID 2020 yang baharu.

Kita sudah berjaya menangani isu ini sejak awal tahun ini dan ledakan gelombang ketiga COVID-19

sekarang ini bukan kerana kekurangan undang-undang atau kelemahan barisan hadapan kita, tetapi kerana berkempen secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah, selain kegagalan melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat semasa dan selepas itu.

 ??  ??
 ??  ?? Salleh Buang
Salleh Buang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia