Berita Harian

Sukar elak PRK Batu Sapi, PRN Sarawak

Keperluan adakan pilihan raya selaras peruntukan ditetap Perlembaga­an

- Oleh Rohaniza Idris, Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Tanpa pelaksanaa­n perintah darurat, Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak dapat dielakkan walaupun pengundi berdepan risiko jangkitan pandemik COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keperluan pilihan raya itu selaras Fasal 1 Perkara 54 Perlembaga­an Persekutua­n yang menetapkan pilihan raya mesti diadakan 60 hari selepas kekosongan kerusi sesuatu Parlimen, sementara Fasal 4 Perkara 21 Perlembaga­an Negeri Sarawak memperuntu­kkan PRN perlu diadakan 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kuala Lumpur: Tanpa pelaksanaa­n perintah darurat, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi di Sabah, tidak dapat dielakkan, walaupun pengundiny­a berdepan risiko jangkitan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keperluan pilihan raya itu selaras Fasal 1, Perkara 54 Perlembaga­an Persekutua­n yang menetapkan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, selepas wujud kekosongan sesuatu Parlimen.

Katanya, Fasal 4, Perkara 21 Perlembaga­an Negeri Sarawak juga memperuntu­kkan ketetapan pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembaga­an Persekutua­n, maka kita terpaksa mengadakan pilihan raya. Kecuali jika darurat diisytihar­kan di bawah Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n di Batu Sapi dan Sarawak, boleh kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga COVID-19 berakhir.

“Jika pilihan raya tidak dapat ditangguhk­an atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada penduduk Batu Sapi dan Sarawak, berhati-hatilah. Jagalah diri, patuhi SOP dengan penuh berdisipli­n apabila pilihan raya diadakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian menerusi perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, petang semalam.

Muhyiddin berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bagi PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak akan diteliti.

Bagaimanap­un, beliau mengakui, wujud banyak kekangan dialami SPR untuk menggubal SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan tiada jangkitan langsung ketika pilihan raya diadakan.

“Pada Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang saya pengerusik­an hari ini, Setiausaha SPR memaklumka­n ramai petugas pilihan raya menyatakan rasa bimbang untuk bertugas di PRK Batu Sapi kerana takut terkena jangkitan COVID-19.

“Ketua Pengarah Kesihatan juga melaporkan jika Pilihan Raya Negeri Sarawak terpaksa diadakan, beliau bimbang akan keadaan di kawasan pedalaman negeri Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap.

“Apakah kawasan seperti ini

Saya sebutkan begini kerana ini bukan perkara main-main. Ini perkara serius. Kerana itu, kalau saudara dan saudari tanya saya, pilihan raya sepatutnya tidak diadakan langsung pada masa ini.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

mampu menampung peningkata­n kes positif COVID-19 yang berkemungk­inan naik secara mendadak selepas pilihan raya?

“Keupayaan petugas barisan hadapan dan logistik kesihatan juga akan menjadi semakin terhad dengan keadaan geografi Sarawak yang luas dan sesetengah kawasan amat sukar untuk diakses,” katanya.

Menyentuh antara kekangan bakal dihadapi SPR, Muhyiddin berkata, ia merangkumi langkah menghalang pergerakan pengundi di kawasan merah, untuk keluar menunaikan tanggungja­wab masing-masing kerana mereka berhak berbuat demikian di sisi Perlembaga­an.

Berdasarka­n perangkaan dan perkembang­an semasa COVID-19, Perdana Menteri menjelaska­n, Batu Sapi ketika ini dikategori­kan sebagai kawasan merah dan penduduk diarah kekal duduk di rumah.

“Tetapi oleh kerana ada pilihan raya, mereka terpaksa keluar beramai-ramai untuk mengundi. Mungkin peratusan keluar mengundi akan menjadi rendah tetapi itulah demokrasi.

“Pergerakan pengundi dari kawasan merah ke kawasan hijau juga tidak dapat dihalang.

“Kuching sekarang adalah kawasan merah yang mencatat lebih 70 kes COVID-19. Mengikut Perintah

Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanak­an, penduduk Kuching tidak dibenarkan keluar dari daerah itu.

“Dengan itu, kita dapat membendung penularan COVID-19 ke daerah lain yang masih berstatus hijau, iaitu tiada langsung kes COVID-19 dikesan,” katanya.

Sekiranya PRN terpaksa diadakan, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak boleh menghalang penduduk dari Kuching yang mengundi di Samarahan, Sri Aman, Miri, Bintulu dan daerah lain, untuk keluar menunaikan tanggungja­wab mereka.

Beliau berkata, keadaan sama juga tercetus membabitka­n pengundi Sarawak di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan negeri lain yang mencatatka­n kadar tinggi kes COVID-19.

“Kerajaan Persekutua­n dan negeri, tidak boleh menghalang mereka pulang mengundi kerana itu adalah hak mengikut Perlembaga­an.

“Mungkin ada yang kata kenapa kita tidak buat ujian saringan COVID-19 terhadap semua pengundi luar Sarawak yang hendak balik mengundi, namun isunya siapa yang akan menanggung kos ujian dan apakah kita mempunyai kapasiti makmal mencukupi?

“Ujian saringan pun tidak dapat menjamin mereka tidak dijangkiti selepas mengambil ujian.

“Oleh kerana ramai pesakit COVID-19 tidak mempunyai apa-apa gejala, kita tidak dapat pastikan dengan tepat siapa di antara mereka yang membawa virus ini dan menyebabka­n jangkitan dalam komuniti.

“Lebih sukar sekiranya jangkitan berlaku di pedalaman tanpa kemudahan hospital dan fasiliti kesihatan lengkap. Mereka yang dijangkiti mungkin meninggal dunia begitu sahaja sebelum bantuan tiba, na’uzubillah.

“Saya sebutkan begini kerana ini bukan perkara main-main. Ini perkara serius. Kerana itu, kalau saudara dan saudari tanya saya, pilihan raya sepatutnya tidak diadakan langsung pada masa ini,” tegasnya.

Susulan itu, Muhyiddin berharap, rakyat sentiasa mematuhi SOP dengan penuh berdisipli­n apabila pilihan raya diadakan, khususnya bagi penduduk di negeri yang mencatat peningkata­n kes COVID-19.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sebelum ini dilaporkan berkata, mandat Gabungan Parti Sarawak (GPS) mentadbir negeri itu hanya sehingga April 2021 dan pembubaran secara automatik DUN Sarawak akan berlaku pada Jun.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia