Berita Harian

SPR hanya boleh tangguh pilihan raya jika darurat

-

Kuala Lumpur: Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya boleh ditangguhk­an oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), jika negara diumumkan darurat.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata buat masa ini, selagi negara atau negeri tidak diletakkan di bawah undang-undang darurat, maka SPR tidak ada kuasa menangguhk­an pilihan raya seperti ketetapan termaktub dalam Perlembaga­an.

Katanya, PRK Batu Sapi yang SPR sudah tetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian itu adalah perkara terikat dengan ketetapan Perlembaga­an.

“Kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh ditetapkan Perlembaga­an. Mengenai PRN Sarawak, bergantung kepada bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan Yang di-pertua Negeri (atas nasihat Ketua Menteri).

“Atau jika tidak dibubar, maka pasti akan terbubar sendiri Jun 2021. Maka PRN perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran,” katanya kepada BH mengulas PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak berkemungk­inan diadakan pada bila-bila masa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusann­ya semalam, berkata jika darurat diisytihar­kan di Batu Sapi dan Sarawak mengikut Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n, bolehlah ditangguhk­an dahulu kedua-dua pilihan raya itu sehingga COVID-19 berakhir.

Wan Ahmad menjelaska­n, dalam keadaan sekarang, ketetapan dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perlembaga­an Negeri, terpaksa dilaksanak­an.

Mengenai PRN Sarawak, katanya masih ada lapan bulan sehingga tempoh hayat DUN berakhir, Jun 2021.

“Jika serangan pandemik COVID-19 belum berjaya ditangani, maka tidak perlu disegeraka­n PRN itu. Tunggu sahaja sehingga penghujung tempoh hayat DUN, dengan harapan COVID-19 sudah terkawal di tahap minimum.

“Jika penularan COVID-19 masih juga tinggi dan DUN terbubar sendiri apabila hayat DUN berakhir, maka Perlembaga­an (Negeri) masih ada dua bulan sehingga Ogos (60 hari dari tarikh DUN terbubar), untuk SPR menjalanka­n pilihan raya,” katanya.

Wan Ahmad berkata, diharap dengan usaha kerajaan bertungkus lumus memerangi wabak COVID-19 dan sokongan rakyat mematuhi segala SOP yang ditetapkan, insya Allah pandemik ini akan dapat dikalahkan lebih cepat agar rakyat Sarawak dapat menggunaka­n mengundi, kuasa rakyat di bawah Perlembaga­an.

“Jika penularan COVID-19 terkawal, risiko akan berkuranga­n, dengan SOP ketat oleh SPR serta penguatkua­saan lebih tegas, saya yakin PRK Batu Sapi dapat berjalan secara terkawal,” katanya.

Atau jika tidak dibubar, maka pasti akan terbubar sendiri Jun 2021. Maka PRN perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Wan Ahmad Wan Omar, Bekas Timbalan Pengerusi SPR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia