Berita Harian

‘Ketepi perbezaan politik jayakan Belanjawan 2021’

Perlu peruntukan pulih ekonomi, bantuan rakyat berdepan wabak

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abd Karim bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, semua Ahli Parlimen mengetepik­an perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an minggu depan, dapat diluluskan demi kepentinga­n rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata, Belanjawan 2021 akan menyediaka­n pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan untuk rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Katanya, demi kepentinga­n rakyat dan negara, satu bentuk persefaham­an boleh dirangka dalam kalangan Ahli Parlimen untuk membolehka­n Bajet 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g.

“Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19 pada waktu ini, kerajaan cuba sedaya upaya untuk mengelak kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan rakyat.

“Saya tahu ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup.

“Lebih 800,000 orang kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian. Kita mengambil pendekatan mengimbang­i di antara kepentinga­n melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsung­an hidup saudara dan saudari sekalian.

“Kita perketatka­n SOP bagi kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, sukan dan lain-lain untuk kurangkan pergerakan orang ramai dan memutuskan rantaian jangkitan.

“Tetapi pada masa yang sama, kita benarkan kegiatan ekonomi diteruskan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat untuk memastikan perniagaan dan industri terus beroperasi,” katanya menerusi perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, semalam.

Muhyiddin berkata, inisiatif yang bakal diumumkan dalam Belanjawan 2021 diyakini mampu meringanka­n beban ditanggung semua pihak dalam menghadapi tempoh sukar sekarang.

Beliau memberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinanny­a akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang dihadapi rakyat dan negara ketika ini.

“Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan COVID-19 dan memastikan keselamata­n dan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya.

Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19 pada waktu ini, kerajaan cuba sedaya upaya untuk mengelak kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan rakyat.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

 ?? (Foto Fathil Asri /BH) ?? Pekerja Restoran Warisan Melayu, Kuala Lumpur menyaksika­n siaran langsung perutusan khas Perdana Menteri mengenai situasi semasa COVID-19.
(Foto Fathil Asri /BH) Pekerja Restoran Warisan Melayu, Kuala Lumpur menyaksika­n siaran langsung perutusan khas Perdana Menteri mengenai situasi semasa COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia