Berita Harian

Lebih 300 petugas hadapan dijangkiti

-

Kuala Lumpur: Peningkata­n kes COVID-19 secara mendadak, hampir 20,000 jangkitan baharu sejak sebulan lalu, kini memberi tekanan kepada petugas barisan hadapan yang turut terkena jangkitan pandemik itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata di Sabah sahaja kini lebih 300 petugas barisan hadapan dijangkiti COVID-19, menyebabka­n lebih 1,200 petugas lagi dikenakan kuarantin.

“Anggota polis juga terkena jangkitan COVID-19 dan setakat ini hampir 11,000 anggota (di seluruh negara) terpaksa dikuaranti­n. Keadaan ini menambah kekangan kepada pasukan polis terutamany­a bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan.

“Kita tidak boleh mengecewak­an mereka,” katanya ketika menyampaik­an perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memandang serius peningkata­n mendadak kes dalam gelombang ketiga COVID-19 ini kerana menukarkan status sesebuah kawasan dan negeri yang sebelum ini hijau kepada kuning dan merah.

Katanya, hanya dalam tempoh sebulan lalu, hampir 20,000 kes positif baru dicatatkan berbanding 10,576 kes dalam tempoh enam bulan sebelumnya.

“Jumlah keseluruha­n kes positif setakat 30 Oktober ialah 30,090 kes dengan 246 kematian. Setakat ini, Sabah mencatatka­n jumlah kes yang tertinggi, iaitu 13,701 kes.

“Negeri lain yang mencatatka­n lebih 1,000 kes ialah Selangor dengan 4,360 kes, Kuala Lumpur (2,991 kes), Kedah (2,080 kes) dan Negeri Sembilan mencatat 1,516 kes,” katanya.

Beliau berkata, akibat penularan gelombang ketiga COVID-19, Sabah dan Selangor kini menunjukka­n hampir keseluruha­n negeri itu sudah menjadi merah, iaitu kawasan mencatatka­n kes COVID-19 melebihi 40 kes.

“Negeri yang dahulunya berstatus hijau, iaitu tiada langsung kes positif COVID-19 seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, sudah menjadi kuning dan sebahagian kawasan bertukar menjadi merah,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Anggota polis dan tentera melakukan sekatan di sekitar Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Anggota polis dan tentera melakukan sekatan di sekitar Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia