Berita Harian

1,000 sembuh, jumlah kes pulih paling tinggi

Bilangan kematian kekal, tiada kluster baharu

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan semalam merekodkan sebanyak 1,000 kes pulih COVID-19, jumlah kes pulih paling tinggi sejak penularan virus itu dikesan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, bilangan kes baharu yang dicatat semalam juga turun kepada 659 kes dengan tiada kematian dan tanpa pertambaha­n kluster baharu dilapor.

Dengan itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 di negara ini adalah 21,248 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 pula 10,051 kes.

Daripada 659 kes baharu semalam, ada satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, iaitu Bangladesh membabitka­n bukan warganegar­a, dan bagi kes tempatan pula Sabah mencatat 529 kes, manakala negeri dan Wilayah Persekutua­n di Lembah

Dr Noor Hisham pada sidang

Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumka­n bahawa tiada pertambaha­n kluster baharu hari ini (semalam). Justeru, jumlah kluster aktif adalah kekal 133 dengan jumlah kluster tamat adalah 114.

Klang merekodkan 70 kes.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumka­n bahawa tiada pertambaha­n kluster baharu hari ini (semalam). Justeru, jumlah kluster aktif adalah kekal 133 dengan jumlah kluster tamat adalah 114,” katanya pada sidang media perkembang­an situasi COVID-19, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Sabah dan Lembah Klang menyumbang sebanyak 599 kes atau 90.9 peratus daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruha­n.

“Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Memperinci­kan jumlah kes di negeri lain, beliau berkata, Selangor

mencatat 55 kes, Negeri Sembilan (25), Labuan (12), Kuala Lumpur (11), Sarawak (sembilan), Perak (enam), Putrajaya (empat), Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dua kes, manakala Pahang dan Kelantan masing-masing satu kes.

Daripada jumlah kes berkenaan, 137 adalah berkaitan kluster penjara dan pusat tahanan sementara yang terdiri daripada Kluster Penjara Kepayan (26 kes) dan Kluster Rumah Merah (111 kes).

Hingga kini, ada 83 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 19 kes memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 249 kes.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ?? (Foto BERNAMA) ?? media harian di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) media harian di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia