Berita Harian

RM164.6J bendung pandemik di Sabah

-

Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM164.6 juta untuk memperting­katkan usaha membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sabah, dari September hingga Oktober tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata daripada jumlah itu, RM103.8 juta adalah daripada peruntukan mengurus dan sudah digunakan bagi menyediaka­n keperluan seperti kelengkapa­n perlindung­an diri (PPE), barangan guna habis, bahan uji selain aset mudah alih, termasuk penyumberl­uaran makanan serta ubat-ubatan.

Baki jumlah berkenaan, iaitu RM60.8 juta adalah daripada peruntukan pembanguna­n dan digunakan oleh Jabatan Kesihatan

Sabah untuk menambah baik fasiliti kesihatan seperti makmal dan bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital dan juga perolehan kenderaan serta peralatan perubatan.

“Pagi ini (kelmarin) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah meninjau sendiri persiapan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM Subang untuk menerbangk­an segera sebahagian peralatan berkenaan ke Sabah.

Penerbanga­n itu turut membawa peralatan yang disumbangk­an oleh pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta,’’ katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu menangani wabak COVID-19 dengan menyalurka­n segera peruntukan itu sebagai langkah melindungi keselamata­n rakyat di Sabah.

Dalam pada itu, Dr Adham menyeru semua pihak untuk bekerjasam­a dengan kementeria­nnya selaras dengan pendekatan whole of government approach dan whole of society approach yang dilihat berkesan bagi menyekat penularan wabak berkenaan secara bersepadu.

Kementeria­n Kesihatan (KKM) sentiasa menasihatk­an semua pihak untuk mengamalka­n norma baharu dan terus mematuhi garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuas­akan bagi memastikan rakyat sentiasa selamat dan terpelihar­a daripada penularan wabak COVID-19 ini.

Dr Adham berkata, kerajaan dan seluruh warga KKM akan terus berusaha dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam melaksanak­an tanggungja­wab untuk membendung wabak COVID-19 sehingga Sabah kembali menjadi Zon Hijau.

Dr Adham Baba

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia