Berita Harian

Pelan kawal pandemik dibentang minggu depan

Cadangan penambahba­ikan pelbagai sektor diambil kira

- Oleh Amir Mamat bhnews@bh.com.my

Melaka: “Pelan tindakan menyeluruh bagi mengawal wabak COVID-19 untuk jangka panjang akan dibentangk­an ke jawatankua­sa kecil Majlis Keselamata­n Negara (MKN) selewat-lewatnya minggu depan,” kata Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pelan berkenaan mengambil kira cadangan penambahba­ikan daripada pelbagai sektor, termasuk ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap pelan ini perkara yang perlu disegeraka­n dan ia dijangka dibentangk­an dalam jawatankua­sa kecil dan dibawa ke mesyuarat jawatankua­sa induk sebelum ke Mesyuarat Jawatankua­sa Sidang Khas MKN.

“Pelan ini, khususnya membabitka­n cadangan yang kita telah putuskan dalam menghadapi pandemik COVID-19 bagi jangka masa panjang dan kemudian dibentangk­an kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Hari Lahir Ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam kepada 294 penerima di Seri Negeri di sini, semalam.

Pada istiadat itu, Ismail Sabri dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad masing-masing menerima Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara (Pengurusan Keselamata­n) MKN, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumka­n pelan tindakan secara menyeluruh itu akan dilaksanak­an bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 untuk jangka panjang.

Beliau dilaporkan berkata, pelan tindakan itu dibuat berdasarka­n penilaian fakta dan pengalaman tindakan yang dilakukan kerajaan dalam mengawal wabak itu sejak Januari lalu.

MKN masih dalam proses menganalis­is semua corak tindakan dilakukan dengan meneliti sampel yang mempunyai kesan baik dan akan digabungka­n supaya menjadi pelan masa depan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohd Ali mengurniak­an Darjah Gemilang Seri Melaka kepada Ismail Sabri pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Seri Negeri, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohd Ali mengurniak­an Darjah Gemilang Seri Melaka kepada Ismail Sabri pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Seri Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia