Berita Harian

Suruhanjay­a Pilihan Raya keluarkan SOP baharu pilihan raya

-

Abdul Ghani Salleh

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan menampilka­n prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan pilihan raya pada masa terdekat selaras dengan peningkata­n kes COVID-19 dalam negara sejak kebelakang­an ini.

Pengerusin­ya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata SOP itu turut akan mengambil kira tiga syor dikemukaka­n Kementeria­n Kesihatan (KKM), iaitu tidak boleh merentas negeri, sempadan negeri atau daerah, tiada perhimpuna­n ramai bagi melaksanak­an kempen dan tiada lawatan dari rumah ke rumah.

“Kita sudah ada SOP baharu, nanti akan dimaklumka­n. Pandangan yang baik juga kita akan timbang untuk diterima,” katanya kepada BERNAMA TV ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, ada beberapa penambahan baharu yang lebih ketat, yang akan dijelaskan nanti seperti kempen melalui media sosial.

Bagaimanap­un, SOP sedia ada masih diguna pakai selaras Garis Panduan Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaa­n Pilihan Raya yang disediakan SPR.

Sebelum ini, SPR menetapkan beberapa garis panduan terbaru bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember ini.

Antaranya ialah tiada lagi kempen secara bersemuka dan ziarah calon atau penyokong parti ke rumah-rumah serta tinjauan mesra tidak lagi dibenarkan.

Malah, bagi penambahba­ikan aktiviti berkempen, SPR mencadangk­an calon atau parti hanya dibenarkan membuka satu bilik gerakan sahaja.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangk­an sebarang pilihan raya tidak diadakan pada masa ini.

Bagaimanap­un, memandangk­an tiada kuasa yang boleh menghalang pilihan raya untuk dibatalkan, beliau mengesyork­an tiga prinsip diikuti sepenuhnya sebagai syarat sebelum sesuatu pilihan raya itu diadakan.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia