Berita Harian

Isu permit kerja sementara ke Kabinet

-

Ayer Keroh: Cadangan memberi permit kerja sementara kepada pekerja tanpa izin bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri sawit dan getah di negara ini akan dibentangk­an dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada mesyuarat khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) sebelum ini, diputuskan bahawa keutamaan mengisi kekosongan dalam sektor berkenaan diberikan kepada pekerja warga tempatan.

“Sekiranya tiada, barulah ia akan ditawarkan kepada pekerja asing yang sudah pun berada di sini dan bukannya pekerja baharu yang dibawa dari luar,” katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, tidak dinafikan isu keperluan pekerja dalam sektor perladanga­n ruminan seperti kelapa sawit dan getah sedikit meruncing berikutan pintu sempadan negara masih ditutup.

Ismail Sabri berkata, beliau percaya Kementeria­n Sumber Manusia bersama Kementeria­n Perladanga­n dan Komoditi akan melihat perkara ini, tetapi yang pasti, keutamaan akan diberikan kepada pekerja warga tempatan dan jika tiada barulah tawaran dibuka tawaran kepada pekerja warga asing di negara ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin dilaporkan berkata, kerajaan akan mempertimb­angkan cadangan membenarka­n pekerja warga asing yang menetap di negara ini untuk terus bekerja bagi meningkatk­an sektor perladanga­n.

Permit sementara itu dipertimba­ngkan bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah.

Sementara itu, dalam kenyataan media harian mengenai penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ismail Sabri berkata, 456 individu ditahan dan dikompaun kerana ingkar arahan PKP, kelmarin.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk tidak memakai pelitup muka (174), penjarakan fizikal (74), gagal menyediaka­n peralatan dan merekod butiran diri (72), aktiviti pusat hiburan (34) dan lain-lain (102).

Menerusi Operasi Benteng, 12 warga asing dan dua tekong ditahan serta dua kenderaan darat dirampas. Sebanyak 298 sekatan jalan raya turut dilaksanak­an semalam.

Dalam tempoh 24 Julai hingga kelmarin, 58,365 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa dan telah ditempatka­n di 63 hotel dan 18 premis lain, termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 9,960 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 381 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 48,024 individu sudah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah melakukan 1,708 pemeriksaa­n khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan daripada jumlah itu sembilan premis diberi nasihat tidak patuh SOP.

Sekiranya tiada, baru ia akan ditawarkan kepada pekerja asing yang sudah pun berada di sini dan bukannya pekerja baharu yang dibawa dari luar.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia