Berita Harian

Janji temu rancang kewangan

Langkah KWSP bantu ahli urus wang persaraan harungi detik mencabar

- Oleh Rohaniza Idris dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihatk­an ahlinya membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) bagi membantu merancang kewangan.

Langkah itu wajar dilakukan dengan mengambil kira semua bentuk bantuan yang ada dan membantu mereka mengharung­i detik mencabar ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tunku Alizakri Alias, berkata mengakses simpanan mereka dalam Akaun 1 tidak seharusnya menjadi satu-satunya cara untuk ahli mendapatka­n tunai bagi menghadapi masa sukar.

Beliau berkata, simpanan persaraan adalah insurans ahli untuk kesejahter­aan masa depan mereka dan membenarka­n pengeluara­n ini adalah sama dengan menjejaska­n perlindung­an berkenaan.

“Ketika ini, kerajaan menyediaka­n bantuan kewangan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), BPN SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin yang menelan belanja sehingga RM55 bilion untuk kumpulan B40 dan M40 serta kumpulan sasar lain.

“Malah pencarum turut dibenarkan untuk mengeluark­an wang akaun KWSP menerusi i-lestari, dengan lebih RM11 bilion sudah dikeluarka­n oleh seramai 4.7 juta pencarum, sejak April, tahun ini,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin mengingatk­an pencarum akan berdepan masalah besar pada masa akan datang jika kerajaan membenarka­n wang daripada Akaun 1 KWSP dikeluarka­n.

Muhyiddin mengakui menyedari cadangan bagi pengeluara­n wang Akaun 1 KWSP itu berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat COVID-19.

RAS adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang KWSP untuk meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an dan membantu ahli mencapai persaraan yang mampan.

Sementara itu, kebimbanga­n KWSP berhubung cadangan pengeluara­n wang daripada Akaun 1 bukan hanya kerana kemerosota­n dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu, tetapi juga atas pertimbang­an kepada masa depan pencarum.

Ia berikutan mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediaka­n dana persaraan yang mencukupi buat pencarum selepas persaraan.

Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbanga­n KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat.

Katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.

“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbanga­n mengenai pengurusan kewangan rakyat.

“Kebimbanga­n bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion, tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak, kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbang­an kerana ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah,” katanya.

Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarka­n rakyat yang kini terkesan akibat penularan COVID-19, mengeluark­an antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka.

Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Selangor (UNISEL), bersetuju wujud keperluan mendesak dalam kalangan pencarum yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik.

Namun, katanya, jika hendak dibenarkan, ia wajar diberi secara bersasar kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.

“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak.

“Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluara­n secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangka­lian ada pihak menyalahgu­nakannya.

“Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendali­an dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua. Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluara­n dibimbangi berlaku pengeluara­n besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP.

“Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluara­n sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidik­an Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluara­n Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja terutamany­a bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah.

Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaska­n simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi.

Simpanan persaraan adalah insurans ahli untuk kesejahter­aan masa depan mereka dan membenarka­n pengeluara­n ini sama dengan menjejaska­n perlindung­an berkenaan.

Tunku Alizakri Alias,

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia