Berita Harian

MATTA syor kerajaan lanjut tempoh moratorium 6 bulan lagi

-

Kuala Lumpur: Persatuan Agensi Pelanconga­n Malaysia (MATA) mencadangk­an agar kerajaan melanjutka­n tempoh moratorium sekurang-kurangnya enam bulan lagi dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an Jumaat depan, lapor BERNAMA.

Presidenny­a, Datuk Mohd Khalid Harun, berkata langkah itu dapat memberi peluang kepada penggiat industri menyusun kembali kewangan syarikat susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa sehingga kini, dan ada negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

“Sebagai contoh, agensi pelanconga­n berpeluang fokus dalam membuat pemasaran destinasi pelanconga­n, manakala pengusaha bas persiaran dapat mengelakka­n daripada bas mereka ditarik oleh pihak institusi kewangan disebabkan ketidakmam­puan untuk membayar ansuran bas mereka.

“Perlu diingat, selagi sempadan negara tidak dibuka, tiada pergerakan pelancong keluar mahupun masuk ke Malaysia dan ini menjadikan pengusaha sektor pelanconga­n sangat terjejas dari segi pendapatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelasnya, penggiat industri tidak boleh hanya mengharapk­an pelanconga­n domestik sahaja kerana sektor itu mewakili kurang 20 peratus daripada keseluruha­n pendapatan sektor pelanconga­n.

Mohd Khalid turut mencadangk­an kerajaan meneruskan subsidi upah supaya pengusaha pelanconga­n tidak perlu membuang pekerja, sekali gus dapat menyelamat­kan lebih daripada 3.6 juta pekerja (23.6 peratus guna tenaga) dalam sektor itu daripada kehilangan pekerjaan.

Di Kota Kinabalu, Majlis Belia Sabah (MBS) mencadangk­an moratorium pinjaman bank dilanjutka­n secara bersasar selama enam bulan lagi dengan menambah baik konsep sedia ada.

Pengerusi Tetap MBS, Mazlan Joe Manan, berkata ramai yang berharap terutama belia yang kehilangan kerja atau mengalami penurunan pendapatan supaya perkara itu dimasukkan dalam Belanjawan 2021.

Katanya, kaedah baharu berpanduka­n kelayakan tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan beban golongan yang benar-benar terkesan dengan COVID-19 dapat diringanka­n selama enam bulan lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia