Berita Harian

Pelbagai pihak perlu bantu golongan berpendapa­tan rendah

-

Kuala Lumpur: Semua lapisan masyarakat disaran supaya membantu keluarga berpendapa­tan rendah di ibu kota yang dikenal pasti berada dalam kemiskinan mutlak susulan penularan COVID-19.

Tanggungja­wab membantu golongan berkenaan tidak terletak sepenuhnya kepada kerajaan, sebaliknya perlu dipikul bersama dengan semua pihak berkemampu­an.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga (MACFEA), Prof Dr Laily Paim, berkata tindakan itu adalah penyelesai­an jangka pendek bagi mengelak golongan berkenaan terus melarat.

Sehubungan itu, katanya, ia memadai dengan pihak berkemampu­an membantu menyediaka­n keperluan asas bagi golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsung­an kehidupan harian mereka.

Terma kemiskinan mutlak diguna bagi menjelaska­n keadaan kemiskinan apabila seseorang tidak dapat mengadakan komoditi asas untuk menyokong kehidupan dan kegiatan normal lainnya.

“Kemiskinan mutlak berdasarka­n pendapatan dan memang dapat diatasi menerusi tindakan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Bagaimanap­un, situasi semasa mengehadka­n peluang golongan berkenaan menjana pendapatan.

“Justeru, ada keperluan supaya semua pihak berkemampu­an, sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu pun orang persendiri­an tampil membantu golongan ini dengan menyediaka­n keperluan asas.

“Kerajaan memang ada peranan tersendiri, tetapi dalam keadaan semasa, situasi ini (kemiskinan

Laily Paim

mutlak) berlaku di luar faktor diri sendiri. Bukan mereka tak mahu bekerja, tetapi tidak boleh berbuat demikian,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, BH melaporkan, kajian agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati, satu daripada dua keluarga berpendapa­tan rendah di ibu kota, berada dalam kemiskinan mutlak dengan 37 peratus sukar membeli makanan mencukupi, susulan pandemik COVID-19.

Itu antara dapatan daripada kajian fasa kedua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependuduk­an Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di negara ini, sejak tempoh akhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga September lalu.

Laily berkata, pihak pengurusan sekolah perlu mengenal pasti mana-mana pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah yang berisiko untuk berhenti sekolah ekoran kesan kewangan dan psikologi.

“Menerusi tindakan ini, pihak pengurusan sekolah boleh kenal pasti jenis bantuan diperlukan pelajar terbabit dan kaedah penyelesai­an yang boleh ditawarkan kepada mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia