Berita Harian

Perkasakan ekonomi gig

Sedia dana khas untuk industri bangunkan platform digital

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Inti pati Belanjawan 2021 perlu menekankan keperluan penjenamaa­n semula sektor ekonomi yang berdepan pelbagai isu sumber manusia, namun mengaut keuntungan besar ketika pandemik COVID-19.

Penganalis­is dasar awam Universiti Teknologi MARA (UITM), Mohd Rozaimy Ridzuan, berkata ekonomi gig atau lejang antara segmen penjanaan pendapatan paling memberangs­angkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Mac lalu.

Bagaimanap­un, katanya, sektor ekonomi berteraska­n penawaran peluang pekerjaan secara sambilan itu terpalit dengan pelbagai isu sumber manusia, termasuk penindasan segelintir kakitangan yang tidak cakna dengan undang-undang asas.

“Ada beberapa aspek yang harus dirungkai mengenai ekonomi gig dalam Belanjawan 2021 kerana sektor ekonomi ini mempunyai potensi untuk dikembangk­an sekiranya diberikan nafas baharu.

“Kerajaan wajar memperuntu­kkan dana khas kepada penggiat industri tempatan yang bertungkus-lumus membangunk­an platform digital dalam ekonomi gig.

“Menerusi platform baharu dan beroperasi menerusi kendalian pada peringkat tempatan ini, undang-undang serta insentif berkaitan dapat diwujudkan supaya sektor ekonomi ini lebih harmoni.

“Sekiranya situasi yang saksama antara pembangun platform, pengendali dan pekerja ekonomi gig diwujudkan pada peringkat tempatan dapat dilakukan, ia bakal menjana manfaat besar kepada negara.

“Pasca pandemik yang tercetus sejak Disember tahun lalu, ekonomi gig diunjur mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan peluang pekerjaan, sekali gus menurunkan kadar penganggur­an serta meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat,” katanya kepada BH, semalam.

Perangkaan semasa setakat Ogos lalu menunjukka­n kadar penganggur­an di negara ini menyusut kepada 4.7 peratus, berbanding 5.3 peratus Mei lalu.

Namun, kegusaran masih ada dalam kalangan pelbagai pihak kerana komposisi anak muda dalam statistik penganggur­an semasa itu kekal tinggi.

Menyentuh sektor ekonomi lain yang kurang merekodkan pencapaian positif meskipun diberikan perhatian, Mohd Rozaimy berkata, pekerjaan 3D, iaitu kotor, bahaya dan sukar juga wajar diberi suntikan baharu.

Beliau berkata, jalan terbaik bagi melaksanak­an inisiatif itu adalah mewujudkan skim latihan yang ditawarkan secara percuma dan menyasarka­n orang muda.

“Usah kita biarkan masalah ini melarat dan meletakkan kebergantu­ngan terhadap guna tenaga warga asing yang akhirnya menyebabka­n aliran keluar wang menjangkau RM34 bilion setahun.

“Kerajaan perlu menaikkan martabat pekerjaan 3D melalui pensijilan kemahiran secara percuma dan ini diberi penekanan khusus dalam Belanjawan 2021,

Mohd Rozaimy Ridzuan

sekali gus bakal menyaksika­n ramai rakyat tampil untuk menceburin­ya.

“Kejayaan usaha ini bagaimanap­un menuntut kerjasama padu daripada sektor swasta, menerusi pelaburan dalam aspek teknologi memandangk­an Revolusi Perindustr­ian 4.0 menuntut majikan ke arah penggunaan automasi dan teknologi moden.

“Contoh kejayaan sudah dapat dilihat di luar negara seperti Jepun apabila pekerja pembersiha­n kawasan dianggap profesiona­l kerana kerjaya mereka membabitka­n kemahiran sederhana-tinggi,” katanya.

“Di China, gaji yang diterima pekerja pembersiha­n kawasan adalah tinggi kerana tidak semua sanggup melakukan kerja berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia