Berita Harian

Pengusaha bas minta kerajaan pertimbang bantuan khas

-

Mohamad Ashfar Ali

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) meminta kerajaan menimbang bantuan khas kepada pengusaha bas dalam Belanjawan 2021.

Presidenny­a, Datuk Mohamad Ashfar Ali, berkata bantuan itu bertujuan memastikan kelangsung­an operasi perkhidmat­an bas dan meringanka­n beban kewangan yang dihadapi pengusaha.

Katanya, langkah itu juga sebagai jaminan pekerja dalam sektor perkhidmat­an pengangkut­an tidak kehilangan kerja.

“Antara yang kita cadangkan bayaran tertunggak bagi Dana Skim Interim Sokongan Bas Berhenti-henti (ISBSF) dan Skim Transforma­si Perkhidmat­an Bas Henti-henti (SBST) dibayar serta-merta untuk meringanka­n beban pengusaha membayar gaji, sewa dan bayaran lain yang perlu dibayar, walaupun tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamad Ashfar berkata, cadangan itu sudah dikemuka kepada Kementeria­n Kewangan untuk pertimbang­an.

Beliau berkata, bayaran penuh Dana ISBF akan dapat mengatasi masalah aliran tunai yang dihadapi pengusaha bas.

Katanya, melalui SBST, perkhidmat­an yang lebih cekap akan dinikmati orang ramai, iaitu bas henti-henti dipasang dengan mesin tiket elektronik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata Belanjawan 2021 perlu menyediaka­n peruntukan khas untuk memulihkan projek Pan Borneo Sabah selepas tertangguh sebelum ini.

Katanya, Kerajaan Persekutua­n wajar menimbangk­an perkara itu agar lebuh raya bernilai lebih RM30 bilion itu dapat disiapkan secepat mungkin.

Katanya, ia dapat menambah baik sistem perhubunga­n di Sabah dan menjadi pemangkin pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedia memberikan kerjasama sepenuhnya demi kepentinga­n rakyat di negeri ini,” katanya.

Kuala Lumpur:

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia