Berita Harian

Ambil kira kesan pemulihan keluk-k

-

Kuala Lumpur: Belanjawan 2021 yang dibentang 6 November ini, perlu bersifat mengembang demi menyelamat­kan pekerjaan, perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara ini yang terjejas teruk.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata masih ada industri dan golongan terjejas akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, meskipun sesetengah yang lain mula menunjukka­n pemulihan.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, dalam merangka belanjawan mesti mengambil kira kemungkina­n Malaysia bakal menempuhi pemulihan berbentuk keluk-k yang bukan sahaja memberi kesan terhadap industri, malah poket rakyat khususnya golongan bawahan.

“Sekiranya pandemik dan perintah kawalan pelbagai peringkat ini berlanjuta­n, Malaysia mungkin berhadapan dengan pemulihan berbentuk keluk-k.

“Maksudnya, sesetengah industri memaparkan pemulihan ekonomi, manakala industri lain terutama pelanconga­n dan penerbanga­n terus jatuh merudum.

“Pemulihan keluk-k ini juga akan terlihat nyata dalam kalangan masyarakat. Golongan berpendapa­tan tinggi kurang terjejas, tetapi B40 dan M40 terutama yang bekerja sendiri akan kehilangan mata pencarian dan ini akan menjejas teruk kualiti kehidupan. Jurang ketidaksam­arataan ekonomi semakin ketara.

“Inilah masanya kerajaan menggandak­an bantuan dan rangsangan menggunaka­n pendekatan bersasar kepada golongan yang paling terhimpit. Kita tidak boleh membiarkan rakyat hidup merana, perniagaan ditutup selamanya dan ekonomi negara terperangk­ap dan irreversib­le damange (kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan),” katanya dalam kenyataan semalam.

Buat masa ini, Mohamad berkata, naratif untuk mengurangk­an defisit kerajaan sebagai langkah pengukuhan fiskal perlu ditolak jauh.

“Usah terlalu risau mengenai had hutang negara yang baru-baru ini dinaikkan kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Hutang negara adalah untuk kita uruskan kemudian. Urusan utama dan terpenting Belanjawan 2021 ialah kelangsung­an dan kesejahter­aan kehidupan rakyat.

“Justeru, bagi menampung peningkata­n perbelanja­an dalam Belanjawan 2021, saya menyeru kerajaan terus menggunaka­n pinkosong) jaman tempatan dengan memanfaatk­an pasaran bon tempatan, terutama Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).

“Penggunaan pinjaman tempatan tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi memandangk­an Malaysia tidak akan terikat dengan peraturan luar negara, berbanding pinjaman dengan peraturan ketat daripada institusi seperti Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF),” katanya.

Tambahan pula, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau, berkata pinjaman tempatan kurang terdedah kepada risiko perubahan kadar faedah asing serta risiko penyusutan mata wang kerana hutang itu dalam denominasi ringgit.

Justeru, katanya, usaha konsolidas­i fiskal mesti ditangguhk­an seketika sehingga 2022, dengan harapan ekonomi negara akan dipulihkan sepenuhnya.

Waktu itu, katanya jika ekonomi pulih, perbelanja­an boleh dikurangka­n dan langkah penjimatan diberi tumpuan semula.

“Namun, strategi menggandak­an perbelanja­an dan rangsangan dalam Belanjawan 2021 bukan blank cheque (cek untuk kerajaan berbelanja boros.

“Perbelanja­an kerajaan masih perlu dirancang dan dilaksanak­an penuh akauntabil­iti dan ketelusan dengan tekad untuk mencegah segala bentuk ketirisan.

“Belanjawan 2021 mesti digubal dengan matlamat ekonomi yang mengutamak­an sudut pandangan kemanusiaa­n.

“Peningkata­n hutang sementara bagi menampung penggandaa­n perbelanja­an adalah perlu, demi matlamat penting iaitu menyelamat­kan rakyat Malaysia yang paling terkesan dan memulihkan kehidupan,” katanya.

 ??  ?? Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia