Berita Harian

Tiada rakyat Malaysia terjejas bencana di Izmir

-

Putrajaya: Gempa bumi yang melanda Izmir di Turki tengah hari kelmarin waktu tempatan, tidak menjejaska­n rakyat Malaysia yang berada di wilayah itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, berkata berdasarka­n komunikasi dengan wakil diaspora dan wakil pelajar Malaysia di Izmir, tiada rakyat Malaysia yang mengalami kemalangan jiwa, tercedera atau kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi yang berlaku.

Beliau berkata, ketika ini, ada 12 rakyat Malaysia berada di Izmir iaitu empat pelajar dan lapan lagi bekerja serta menetap di daerah itu.

“Berdasarka­n rekod, sehingga Julai 2020, Kedutaan dan Konsulat Jeneral Malaysia ada kira-kira 390 rakyat Malaysia berada di Turki ketika ini.

“Seramai 116 bekerja di negara ini dan 274 lagi adalah pelajar. Lebih 300 orang bertumpu di Istanbul dan selebihnya di bandar di sekitar Turki,” katanya kepada BH melalui emel.

Tengku Mohd Dzaraif berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di Izmir dan akan sentiasa memantau situasi di sana demi memastikan keselamata­n mereka.

Katanya, pada masa ini, mereka semua dalam keadaan yang selamat.

“Buat masa ini, rakyat Malaysia di Izmir diminta agar sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan waspada dengan keadaan semasa.

“Mereka juga diminta mengikuti arahan pihak pengurusan universiti atau asrama, pihak berkuasa tempatan dan badan bertanggun­gjawab di Izmir dari semasa ke semasa sekiranya berlaku kejadian gempa bumi susulan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, semua rakyat Malaysia yang berada di Izmir dinasihatk­an terus berkomunik­asi dengan pegawai Kedutaan dan Konsulat Jeneral serta wakil diaspora dan wakil pelajar untuk memudahkan koordinasi sekiranya perlu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia