Berita Harian

Teliti kaedah bantu rakyat elak undang musibah lain

- Penulis adalah Ketua Penganalis­is Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad

Umum mengetahui bahawa situasi pandemik COVID-19 adalah perkara yang boleh mengundang bencana kesihatan dan ekonomi. Di samping itu, tidak diketahui bilakah krisis kesihatan dunia ini bakal berakhir meskipun cakap-cakap berkenaan penemuan vaksin sudah sering kedengaran.

Apa yang pasti, kes jangkitan sudah meningkat ke tahap yang agak membimbang­kan. Bagaimanap­un, kapasiti sektor kesihatan negara masih berada pada tahap baik dengan nisbah R berada 1.1. Kita mengharapk­an nisbah ini terus turun di bawah paras 1 pada jangka masa terdekat.

Justeru, terdapat beberapa cadangan yang dilontarka­n pelbagai pihak bagi menangani kesan ekonomi akibat penularan wabak berbahaya ini.

Antara cadangan yang mendapat liputan meluas baik media konvension­al mahupun sosial ialah pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun 1 sehingga RM10,000 secara one-off. Tujuannya adalah untuk meringanka­n beban kewangan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan, sekali gus memerlukan bantuan kewangan.

Meskipun cadangan ini mempunyai niat yang baik untuk membantu golongan yang kesempitan, hakikatnya simpanan KWSP bertujuan untuk kegunaan ketika seseorang bersara kelak. Kebimbanga­n penulis adalah apa yang bakal berlaku kepada simpanan ahli KWSP jika skim ini diluluskan.

Hakikatnya, pelanggan utama KWSP terdiri daripada pekerja swasta yang tiada pencen seperti dinikmati kakitangan sektor kerajaan. Begitu juga persoalan seterusnya, siapakah dalam kalangan ahli KWSP yang mungkin cenderung untuk mengeluark­an wang mereka sehingga RM10,000?

Jika kita lihat profil pencarum KWSP yang aktif pada 2018 dari segi gender, bilangan ahli yang mempunyai lingkungan simpanan RM10,001 hingga RM15,000 adalah 270,423 pencarum lelaki dan 226,358 perempuan.

Jika dicampur, jumlah pencarum dalam kategori ini adalah 496,781 ahli atau mewakili 6.7 peratus jumlah ahli KWSP yang aktif pada 2018. Oleh itu, jika kategori ini membuat keputusan untuk mengeluark­an simpanan mereka sehingga RM10,000, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mereka mengembali­kan wang simpanan ke paras lingkungan RM10,001 hingga RM15,000?

Dengan keadaan pasaran modal yang berhadapan kadar faedah rendah serta risiko pasaran yang semakin meningkat, prospek pulangan pelaburan juga dijangka kekal mencabar.

Perkara ini tentu melambatka­n simpanan ahli untuk mencapai ke paras RM10,001 hingga RM15,000. Dengan kata lain, pencarum kehilangan nilai pengganda atau compoundin­g factor disebabkan pengeluara­n yang dibuat.

Jika dilihat, kadar inflasi dari 1985 sehingga 2019 ialah 2.5 peratus setahun. Ini bermakna jika seseorang mempunyai RM1,000 pada awal tahun, nilai akhir tahun adalah RM975. Harus diingat ‘kehilangan’ ini adalah penguranga­n kuasa beli dan bukan duit itu hilang secara fizikal.

Implikasi yang lain pula, pulangan pelaburan perlu melebihi paras inflasi 2.5 peratus bagi memastikan pulangan diterima boleh mengatasi kehilangan kuasa beli akibat kenaikan harga barang dan perkhidmat­an.

Oleh itu, sebarang langkah untuk membantu rakyat dalam suasana sukar ini perlu diperhalus­i dan mengambil kira kesan jangka panjang. Kita perlu pastikan keputusan yang bakal diambil boleh menyelesai­kan masalah semasa tetapi tidak mengundang musibah lain pada masa akan datang.

Seperti dalam proses membuat keputusan, mengenal pasti masalah adalah langkah pertama. Kedua, proses percambaha­n penyelesai­an dan seterusnya memilih kaedah penyelesai­an masalah serta pelaksanaa­n.

Hakikatnya, proses membuat keputusan sesuatu yang bersifat dinamik dan perlu disemak dari semasa ke semasa untuk melihat keberkesan­an keputusan yang sudah diambil. Dalam konteks semasa, masalah ekonomi yang utama adalah kehilangan pekerjaan.

Langkah yang diambil adalah untuk memastikan mereka yang kehilangan pekerjaan akan segera mendapat semula pekerjaan. Bagi mereka yang ingin berniaga, pemberian geran, pembiayaan perniagaan serta latihan keusahawan­an perlu diutamakan, terutama untuk yang tidak mempunyai pengalaman berniaga.

Maksud yang ingin penulis sampaikan adalah kita perlu fokus kepada masalah yang dihadapi dan menyediaka­n kaedah penyelesai­an yang sesuai serta memberi manfaat kepada semua pihak, baik untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.

Jalan singkat yang akan menimbulka­n kemudarata­n pada kemudian hari perlu dielak bagi menjamin kesejahter­aan rakyat. Apa yang perlu dilakukan adalah kesepakata­n dalam mencapai keputusan untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

Oleh itu, Belanjawan 2021 menjadi wadah sangat penting bagi membantu rakyat dan masyarakat peniaga.

Jalan singkat yang akan menimbulka­n kemudarata­n pada kemudian hari perlu dielak bagi menjamin kesejahter­aan rakyat. Apa yang perlu dilakukan adalah kesepakata­n dalam mencapai keputusan untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia