Berita Harian

Bulan Menabung SSPN 2020 catat peningkata­n deposit

Kenaikan bukti masyarakat sedar kepentinga­n perancanga­n kewangan anak

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) terus mencatat kenaikan jumlah deposit apabila menerima RM147.67 juta sehingga 28 Oktober lalu, sempena Bulan Menabung SSPN 2020, berbanding sasaran RM110 juta kali ini.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, berkata program itu mencatat 132.24 peratus melebihi jangkaan, sekali gus menunjukka­n semakin ramai masyarakat sedar mengenai kepentinga­n membuat perancanga­n kewangan bagi memastikan anak mereka dapat melanjutka­n pengajian.

Beliau berkata, Bulan Menabung SSPN dengan Hari Tabungan Sedunia amat signifikan kerana kedua-duanya membawa kepada budaya tabungan yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu.

Atas semangat itu, katanya, PTPTN memilih bulan Oktober untuk menganjurk­an Bulan Menabung SSPN sebagai acara tahunan bersempena meraikan Hari Tabungan Sedunia.

“Ia juga menjadi hasrat perbadanan ini untuk memupuk minat dan budaya menabung dalam masyarakat kerana SSPN adalah instrumen simpanan terbaik disediakan kerajaan untuk rakyatnya.

“Dengan hanya serendah RM1 sehari, pelbagai manfaat diterima ibu bapa untuk masa depan pendidikan anak dan ia terjamin.

“Ibu bapa hanya perlu meningkatk­an kemahiran pengurusan aliran wang tunai dan mulakan tabungan atau simpanan untuk anak seawal usia.

“Bahkan, tabiat hasil daripada menabung ini juga boleh membiayai

Program penutup Bulan Menabung SSPN 2020

pengajian anak dan mentaliti kebergantu­ngan kepada wang bantuan dapat dielakkan daripada terus menjadi pegangan hidup,” katanya pada program penutup Bulan Menabung SSPN 2020 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia 2020 yang diadakan secara langsung di laman

Facebook rasmi PTPTN.

Program dengan tagline ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda’ itu bertujuan menjadikan ibu bapa sebagai peranan utama dan model kepada anak dalam aspek keperluan melanjutka­n pengajian.

Wan Saiful berkata, memilih untuk membuka akaun SSPN juga boleh mendisipli­nkan keluarga dan individu kerana dengan amalan menabung boleh menyemai dan menyuburka­n amalan berjimat cermat.

“Pada tahun ini sehingga September lalu, PTPTN menerima sebanyak 329,465 akaun baharu pendeposit SSPN dengan jumlah deposit RM983.21 juta, berbanding sasaran 268,000 akaun.

“PTPTN yakin jumlah sasaran simpanan sebanyak RM1.5 bilion dengan 400,000 akaun baharu pada tahun ini akan berjaya dicapai dan akan berusaha mengubah budaya berhutang kepada menyimpan,” katanya.

Sejak SSPN dilancarka­n pada 2004 sehingga September lalu, sebanyak 4.7 juta akaun dibuka dengan jumlah deposit RM6.87 bilion.

Tabiat hasil daripada menabung ini juga boleh membiayai pengajian anak dan mentaliti kebergantu­ngan kepada wang bantuan dapat dielakkan daripada terus menjadi pegangan hidup.

Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN

 ??  ?? dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia 2020 diadakan secara
dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia 2020 diadakan secara
 ??  ?? langsung di laman Facebook rasmi PTPTN.
langsung di laman Facebook rasmi PTPTN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia