Berita Harian

Peruntukan RM20.07 juta bantu penduduk Labuan

-

Putrajaya: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n memperuntu­kkan RM20.07 juta bantuan sosial kepada golongan berpendapa­tan rendah di Labuan menerusi Inisiatif Wilayah Cakna 4.O (IWC 4.0), bermula Oktober hingga 31 Disember ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata inisiatif itu membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam membantu golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, sebanyak 772 penyewa premis perniagaan di bawah seliaan Perbadanan Labuan (PL) akan dikecualik­an membayar sewa selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember ini.

“Pengecuali­an bayaran sewa ini membabitka­n penguranga­n hasil PL berjumlah RM518,055 membabitka­n 468 peniaga kecil dan peniaga pasar awam,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

IWC 4.0 adalah inisiatif Kementeria­n Wilayah Persekutua­n bersama PL.

Ia turut memberi pengecuali­an bayaran pembaharua­n lesen perniagaan peniaga kecil dan pasar awam bagi tempoh tiga bulan membabitka­n penguranga­n hasil PL berjumlah RM25,275.

Selain itu, penyewa perumahan awam milik PL dikecualik­an membayar sewa bagi tempoh tiga bulan seperti dinyatakan, sekali gus memberi manfaat kepada 617 penyewa membabitka­n pengecuali­an hasil kutipan berjumlah RM519,045.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sebanyak 108 lot tanah milik PL yang dipajakkan kepada 85 syarikat juga diberi diskaun 30 peratus untuk tiga bulan pajakan membabitka­n RM592,380 penguranga­n hasil kutipan perbadanan berkenaan.

Selain itu, katanya, seramai 2,000 pelajar sekolah daripada keluarga miskin akan menerima baucar bantuan buku latihan sekolah bernilai RM100 secara ‘one-off’ sumbangan Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP) membabitka­n peruntukan RM200,000.

“Baucar itu boleh digunakan di koperasi sekolah masingmasi­ng untuk pembelian buku latihan dan alat tulis bagi sesi persekolah­an tahun depan.

“Bayaran diskaun kompaun juga diberikan pada kadar tetap berjumlah RM15 sepanjang tempoh PKPB sehingga 31 Disember ini kepada warga Labuan.

“Sumbangan RM3,000 secara ‘one-off’ juga diberikan kepada satu zon dan lima sub zon Majlis Perwakilan Penduduk Labuan membabitka­n peruntukan RM18,000 bagi melaksanak­an program pencegahan COVID-19 dalam komuniti, sekali gus dapat memutuskan rantaian penularan COVID-19,” katanya.

Pada masa sama, Annuar berkata, program nyah kuman termasuk aktiviti disinfeksi serta pembersiha­n menyeluruh di semua kawasan kemudahan awam di Labuan juga dilaksanak­an secara berterusan bagi membendung penularan wabak COVID-19 membabitka­n kos RM200,000.

“Memandangk­an masih ramai golongan yang terjejas akibat COVID-19, pihak kementeria­n dan agensi di bawahnya sentiasa komited menggunaka­n sumber yang ada sepenuhnya untuk membantu warga Wilayah Persekutua­n yang kurang berkemampu­an.

“Selain inisiatif Wilayah Cakna, kementeria­n dan agensi di bawahnya sedang merangka mekanisme yang lestari bagi jangka masa panjang dalam usaha memastikan ekonomi terus mampan dan hasrat Wilayah Persekutua­n sifar COVID-19 dapat dicapai,” katanya.

Sebanyak 772 penyewa premis perniagaan di bawah seliaan PL akan dikecualik­an membayar sewa selama tiga bulan.

Annuar Musa,

Menteri Wilayah Persekutua­n

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia