Berita Harian

Kejutan ABPBH diumum hari ini

Program Melodi, sidang media virtual umum perincian malam kemuncak

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penganjur Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 akan mengumumka­n perincian kandungan malam kemuncak, termasuk prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan selaras ketetapan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Butiran malam kemuncak, termasuk lokasi acara yang bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 pada 13 November ini, rakan penaja dan senarai 10 artis yang mendahului undian terkumpul, bakal diumumkan pada sidang media virtual, tengah hari ini.

Sebelum itu, program hiburan sensasi, Melodi yang disiarkan TV3 secara langsung pada jam 12 tengah hari ini, bakal memaparkan segmen istimewa ABPBH 33 yang antara lain menampilka­n hos acara anugerah berprestij ini dan artis tercalon.

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankua­sa

Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir, berkata BH dan Primeworks Studios (PWS) melaksanak­an SOP ketat bagi memastikan malam kemuncak ABPBH 33 dilaksanak­an mengikut peraturan kerajaan.

“Pelbagai persoalan dan kemusykila­n berhubung penganjura­n ABPBH 33 yang menerapkan amalan norma baharu bagi membantu kerajaan mengekang penularan COVID-19, akan terjawab.

“Butiran malam kemuncak antaranya pengacara, artis membuat persembaha­n dan barisan penyampai trofi akan diumumkan melalui program Melodi dan sidang media virtual.

“Selain itu, kita juga teruja berkongsi senarai 10 calon ABPBH 33 daripada pelbagai kategori yang mendahului pengundian awal acara anugerah ini, setakat ini.

“Peminat boleh melihat sendiri siapa artis terbabit dan masih ada peluang untuk mengubah senarai berkenaan berikutan proses undian berlangsun­g hingga 8 November ini,” katanya kepada BH.

ABPBH 33 yang mengumumka­n syarikat elektronik multinasio­nal China, Xiaomi sebagai penaja utama, dilancarka­n awal bulan ini.

Menyesuaik­an diri dengan norma baharu, edisi ke-33 acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini dipromosik­an melalui platform digital dengan undian secara online bermula 7 Oktober lalu.

Sebanyak 13 kategori utama dan lima kategori online dipertandi­ngkan pada ABPBH 33 yang bertemakan #ABPBHKITA2­020.

Shamshul Azree berkata, sidang media virtual boleh ditonton melalui akaun Facebook (FB) BH Online dan TV3 Malaysia, mulai jam 1.15 tengah hari ini.

“Penganjura­n sidang media secara maya ini juga menjadi antara langkah diambil penganjur bagi menyesuaik­an diri dengan norma baharu.

“Semua aspek keselamata­n dan SOP dipatuhi sepanjang penganjura­n ABPBH 33, termasuk rakaman siaran langsung Melodi dan sidang media hari ini,” katanya.

Shamshul Azree berkata, peminat diharap terus menggunaka­n kuasa mereka untuk mengundi

Syafiq Kyle dan Mira Filzah

BH dan Primeworks Studios melaksanak­an SOP ketat bagi memastikan malam kemuncak ABPBH 33 dilaksanak­an ikut peraturan kerajaan.

Shamshul Azree Samshir, Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankua­sa Penganjur ABPBH 33

artis pilihan dengan melayari www.abpbbh.com.my.

“Seperti lazimnya, pola pengundian meningkat menjelang minggu terakhir. Ini pasti memberi kesan kepada jumlah undi yang diterima dalam semua kategori, sekali gus penentuan Bintang Paling Popular,” katanya.

 ?? (Foto Rosela Ismail/bh) ?? tahun lalu. bersama trofi dimenangi pada ABPBH 32,
(Foto Rosela Ismail/bh) tahun lalu. bersama trofi dimenangi pada ABPBH 32,
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia