Berita Harian

217 sekolah agama tiga daerah di Johor ditutup

-

Johor Bahru: Semua sekolah agama kerajaan negeri, maahad serta institusi pendidikan Islam swasta di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi diarahkan ditutup sementara berikutan penularan COVID-19.

Ia susulan daerah Johor Bahru yang diisytihar­kan sebagai Zon Merah sejak kelmarin berikutan peningkata­n kes aktif jangkitan COVID-19.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata semua sekolah agama kerajaan negeri dan institusi pendidikan agama di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) diarah ditutup dua minggu bermula hari ini hingga 14 November.

“Sebanyak 217 sekolah agama kerajaan negeri, TADIKA agama Johor, maahad, institusi pendidikan agama swasta seliaan JAINJ terbabit dalam penutupan sementara selama dua minggu berikutan penularan wabak COVID-19.

“Ia membabitka­n 159 di daerah Johor Bahru, 43 di Kulai dan 15 lagi di Kota Tinggi.

“Sehubungan itu, sekolah dan institusi mempunyai asrama juga terbabit dalam arahan berkenaan.

“Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama berkenaan untuk dibawa pulang.

“Bagaimanap­un, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa serta murid atau pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan institusi berkaitan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Tosrin berkata, keperluan makan dan minum murid serta pelajar sepanjang tempoh berkenaan akan disediakan pihak sekolah dan institusi berkenaan.

“Bagi murid asrama yang pulang ke kawasan disahkan Zon Merah tidak dibenarkan pulang ke asrama sehingga tarikh dibenarkan.

“Selain itu, bagi mana-mana sekolah terbabit berada di sekolah disenaraik­an oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM) juga dicutikan mengikut tarikh ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penutupan berkenaan pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan Islam diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an di rumah, termasuk kelas darjah khas ditangguhk­an pembelajar­annya di sekolah yang terbabit bermula (hari ini) semalam.

Katanya, pegawai Pendidikan Islam Daerah, pentadbir serta guru yang berada di kawasan Zon Merah hendaklah melaksanak­an bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan dan tidak dibenarkan pulang ke kawasan disahkan Zon Hijau.

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan sentiasa memantau perkembang­an berkaitan penularan COVID-19

melalui Kementeria­n Kesihatan (KKM), Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Pendidikan.

Sebarang pemakluman berkaitan penutupan sekolah akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa.

 ?? (Foto Nurul Amanina Suhaini/bh) ?? Semua sekolah agama kerajaan negeri dan maahad di Johor Bahru diarahkan ditutup sementara.
(Foto Nurul Amanina Suhaini/bh) Semua sekolah agama kerajaan negeri dan maahad di Johor Bahru diarahkan ditutup sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia