Berita Harian

Sungai Tabuan pernah ‘mati’ hidup semula

Landskap indah di tebing jadi tarikan warga Kuching untuk beriadah

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Kuching: Sedekad lalu, Sungai Bintangor dan Sungai Tabuan yang mengalir di tengah bandar raya ini, di sini, dikategori­kan antara 10 sungai paling tercemar di Sarawak.

Dua sungai itu antara 51 sungai di negeri ini yang dipantau Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) untuk mengenal pasti kualiti airnya berikutan secara fizikalnya, jelas menunjukka­n sungai terbabit teruk tercemar.

Pada waktu itu, kedua-dua sungai berkenaan dipenuhi sampah sarap, terutama plastik bekas makanan dan minuman kerana lokasinya yang mengalir melalui kawasan padat penduduk.

Warna air sungai yang kehijauan pekat, selain dipenuhi sampah ketika itu juga menyebabka­n NREB menyenarai­kannya dalam Kelas Empat iaitu tahap pengkelasa­n paling kotor pada 2010.

Selepas penilaian itu, usaha giat dilaksanak­an Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk memulihara Sungai Bintangor yang mengalir di pusat Bandar Raya Kuching.

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pula memikul tanggungja­wab ‘menghidupk­an’ semula Sungai Tabuan yang sebelum itu dianggap sungai mati kerana kualiti airnya terlalu kotor.

Pemandanga­n di kedua-dua sungai itu yang sebelum ini menyakitka­n mata, kini berubah bukan saja tidak banyak lagi sampah sarap hanyut seperti 10 tahun lalu, malah landskap indah dibina di tebing menyebabka­nnya kini menjadi tarikan warga bandar raya untuk beriadah.

Langkah tegas, di samping pemantauan berterusan pihak DBKU dan MBKS terbukti berkesan mendidik orang ramai untuk tidak lagi menjadikan sungai itu sebagai tempat pembuangan sampah.

Penduduk Kampung Bintangor yang enggan namanya disiarkan,

Sungai Tabuan kini bersih

berkata pemimpin masyarakat kampung itu juga tegas dan sentiasa mengingatk­an penduduk supaya bersama menjaga kebersihan sungai.

“Dulu sungai ini dipenuhi sampah, namun sejak kerajaan membina landskap di tebing sungai, sikap penduduk mula berubah, selain hasil ketegasan pemimpin masyarakat di sini.

“Kerja menaik taraf landskap Sungai Bintangor ini tidak terhenti walaupun keadaannya sudah jauh berubah ketika ini.

“Ada satu lagi projek iaitu jambatan merentangi sungai ini sedang dibina ketika ini,” katanya.

Jambatan bernilai RM50 juta dengan reka bentuk ikonik itu dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, ketika merasmikan pembinaan jambatan itu pada 8 Ogos lalu, berkata Jambatan Sungai Bintangor akan menjadi satu lagi tarikan pelanconga­n baharu di bandar raya ini.

Katanya, pembinaan jambatan itu akan menambahka­n lagi keindahan sungai berkenaan yang kini sudah dihiasi pelbagai landskap menarik di kiri dan kanan tebingnya.

Sungai Bintangor

 ?? (Foto Mohd Roji Kawi/bh) ?? berbanding 10 tahun lalu (gambar kanan) yang dipenuhi sampah sarap.
(Foto Mohd Roji Kawi/bh) berbanding 10 tahun lalu (gambar kanan) yang dipenuhi sampah sarap.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? dijaga dengan baik.
dijaga dengan baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia