Berita Harian

Kebakaran kilang plastik punca pencemaran bau

-

Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan satu insiden kebakaran kilang memproses plastik berhampira­n Sungai Kuang, di sini, yang menyebabka­n pencemaran bau sekitar tiga ton.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelanconga­n, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian, berkata kebakaran itu dikesan ketika Ops Sumber Air dijalankan kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Beliau berkata, pihak LUAS dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) melaksanak­an tindakan segera menangani pencemaran bau sekitar tiga ton di sungai berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumka­n insiden kebakaran premis itu berlaku sekitar jam 6 petang.

“Siasatan LUAS dan Air Selangor mendapati, sisa kebakaran itu sudah membeku pada permukaan air, namun sisa kehitaman kesan bahan terbakar mengalir masuk ke alur air di hulu Sungai Kuang sehingga menyebabka­n kesan bau sekitar tiga ton melalui persampela­n bau yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Loy Sian berkata, jarak insiden ke muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) terdekat adalah Rantau Panjang dengan anggaran 33 kilometer dan tiada henti tugas LRA serta gangguan bekalan air kepada pengguna dilaporkan.

Katanya, LUAS dan Air Selangor melaksanak­an langkah awal nyah bau dengan meletakkan 43 beg karbon aktif untuk mengawal pencemaran di Sungai Kundang (aliran masuk daripada Sungai Kuang), sekali gus mengelakka­n bau dari sisa kebakaran itu mengalir hingga ke Sungai Sembah seterusnya ke Sungai Selangor.

Merujuk laporan akhbar ini semalam bertajuk: Kementeria­n teruskan 62 projek PR1MA, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaska­n, projek perumahan PR1MA yang terbengkal­ai tetapi sudah mencapai 15 peratus siap akan diteruskan di bawah program penyelaras­an semula, manakala yang di bawah 15 peratus atau pada peringkat permulaan akan dihentikan dan pemilik diberi pampasan.

 ??  ?? Pihak LUAS mengambil tindakan pantas bagi mengelak LRA dihenti tugas.
Pihak LUAS mengambil tindakan pantas bagi mengelak LRA dihenti tugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia