Berita Harian

Askar maut kereta bertembung lori

Isteri parah ketika nahas awal pagi

- Oleh Mohd Rashidi Yusuf bh@bhnews.com.my

Gerik: Seorang anggota tentera maut, manakala isterinya parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 16, Jalan Gerik-kupang, dekat sini, pagi semalam.

Dalam nahas jam 5 pagi itu, Muhammad Azizi Ahmad, 25, dari Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang parah di kepala maut di lokasi kejadian.

Isterinya, Nur Kamaliah Md Nor, 24, dari Lorong Sera, Kampung Air Puteh Junjung, Kulim, Kedah patah bahu dan dihantar ke Hospital Taiping selepas mendapat rawatan awal di Hospital Gerik.

Manakala pemandu lori, Khirul Amir Jafar, 35, dan kelindanny­a, Suhaimi Jafar, 37, kedua-duanya dari Kampung Gong Gemia, Paka, Terengganu, tidak cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superinten­dan Mohd Sohaimi Ishak, berkata selepas mendapat maklumat pada jam 5.47 pagi, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitka­n kereta Proton Saga serta lori jenis Nissan.

“Siasatan awal mendapati Proton Saga dipandu Muhammad Azizi datang dari Kulim menghala ke Gerik, manakala lori dipandu Khirul Amir ke arah Kulim sebelum bertembung di tempat kejadian.

“Mayat Muhammad Azizi dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan isterinya dirujuk di hospital sama sebelum di hantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lori dipandu Khirul Amir membawa muatan satu generator jana kuasa dan punca kemalangan masih disiasat.

Terdahulu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik diketuai Pegawai Bomba Kanna II Mohd Nizam Zakaria mengambil masa 45 minit mengeluark­an Muhammad Azizi yang tersepit di tempat pemandu.

Muhammad Azizi Ahmad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia