Berita Harian

153 saman pelbagai kesalahan

-

Ayob Khan (kanan) meninjau

Johor Bahru: Sebanyak 153 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya membabitka­n pelbagai kesalahan menerusi Ops Mabuk Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Johor, bermula jam 9 malam kelmarin hingga 2 pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata 18 individu berusia 32 hingga 56 tahun ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dalam operasi serentak dijalankan di lapan daerah dalam Kontinjen Johor.

Katanya, kekuatan JSPT Johor bagi Ops Mabuk itu membabitka­n 11 pegawai kanan dan 65 anggota di lapan lokasi sekatan jalan raya (SJR) ditetapkan.

“JSPT akan sentiasa membuat operasi yang konsisten tidak kira kesalahan apa termasuk (membabitka­n) lori perdaganga­n dan mabuk. Sejak penguatkua­saan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan pindaan 2020 ia boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000, lesen mungkin akan digantung.

“Sejak 23 Oktober lalu hingga semalam (kelmarin), polis melaksanak­an 25 operasi dengan 42 tangkapan dan 19 daripadany­a sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (hukuman baharu).

“Pindaan baharu kandungan alkohol dikurangka­n kepada 50 miligram. Berkesan atau tidak, bergantung kepada masyarakat patuh atau tidak patuh.

“Kerajaan buat undang-undang, buat pindaan dibentangk­an di Parlimen adalah peraturan yang betul dan sudah dipertimba­ngkan, bukan dibuat secara terdesak, sebaliknya untuk memastikan kes kemalangan dapat dikurangka­n,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan di Stulang Laut, kelmarin.

Ayob Khan berkata, antara Januari hingga 30 Oktober (semalam), 346 Ops Mabuk dengan 662 tangkapan membabitka­n jumlah yang dituduh adalah 627 orang mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Apabila pertuduhan, ada pertubuhan bukan kerajaan pertikai kenapa undang-undang terlalu keras. Inilah yang kita katakan, apabila ada undang-undang tidak mahu ikut, pertikai undang-undang,” katanya.

 ?? (Foto Nurul Amanina Suhaini/bh) ?? Ops Mabuk di Stulang Laut, Johor Bahru, semalam.
(Foto Nurul Amanina Suhaini/bh) Ops Mabuk di Stulang Laut, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia