Berita Harian

‘Kebebasan bersuara ada had’

PM Kanada minta orang ramai terus saling menghormat­i

-

Ottawa: Hak kebebasan bersuara akan terus dipertahan­kan, namun ia mempunyai had dan tidak wajar digunakan untuk menyakiti segelintir komuniti secara semberono.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ketika menyuaraka­n pandangann­ya, berkata nilai saling menghormat­i dalam kalangan masyarakat perlu kekal dijadikan prinsip walaupun setiap individu diberikan hak kebebasan bersuara.

“Kita akan sentiasa pertahanka­n kebebasan bersuara, tetapi bukan tanpa had, kita sepatutnya ada kawalan kendiri untuk bertindak bersandark­an prinsip saling menghormat­i.

“Kita juga tidak sepatutnya gunakan hak ini untuk dengan sewenang-wenangnya atau tanpa tujuan menyakiti sesiapa yang hidup dalam masyarakat atau planet yang sama.

“Contohnya, kita tiada hak untuk tiba-tiba menjerit bahawa wujud kebakaran ketika berada dalam panggung wayang yang dipenuhi orang, justeru kebebasan bersuara ada had,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai polemik penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW dalam majalah satira Perancis, Charlie Hebdo.

Mengambil pendirian berbeza daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Trudeau meminta orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunaka­n hak kebebasan bersuara.

“Dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan saling menghormat­i ini, kita mempunyai tanggungja­wab untuk sentiasa cakna terhadap setiap perkataan yang digunakan serta tindakan membabitka­n orang lain.

“Khususnya terhadap penduduk dan masyarakat yang sehingga kini masih berdepan pelbagai bentuk penindasan,” katanya.

Mencermink­an pendirian terbuka, Trudeau berkata perdebatan berhubung isu itu berupaya dirungkai dalam kalangan masyarakat, namun perlulah menerusi pendekatan yang penuh tanggungja­wab.

Mengulangi pendirian ketika menghadiri sidang bersama pemimpin Kesatuan Eropah (EU), Trudeau menegaskan bahawa Kanada mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang tercetus di Perancis.

“Ia adalah tindakan yang tidak sepatutnya dan Kanada mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sedemikian, justeru kami bersama rakan Perancis ketika mengharung­i waktu getir ini,” katanya.

Pada Khamis lalu, Parlimen

Justin Trudeau

Kanada memberikan penghormat­an terhadap tiga mangsa yang maut akibat ditikam oleh seorang warga Tunisia di gereja di Nice, selatan Perancis.

Kenyataan Macron yang mempertaha­nkan penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW dalam majalah Charlie Hebdo mencetuska­n kemarahan dalam kalangan masyarakat Asia Barat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia