Berita Harian

Jokowi bidas Macron pertahan terbit kartun hina Islam

-

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengutuk tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mempertaha­nkan penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.

Widodo yang juga pemimpin negara yang memiliki majoriti penduduk Islam terbesar di dunia, mengutuk alasan kebebasan bersuara yang disifatkan merosakkan kehormatan, kesucian dan nilai agama.

“Pertama, Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku di Paris dan Nice. Kedua, Indonesia juga mengutuk sekerasker­asnya kenyataan Presiden Perancis yang menghina Islam.

“Kebebasan bersuara yang merosakkan penghormat­an, kesucian dan nilai beragama tidak boleh dibenarkan, malah perlu dihentikan, namun mengaitkan agama dengan keganasan adalah satu kesalahan besar.

“Perbuatan menyakitka­n hati umat Islam di seluruh dunia ini boleh menyebabka­n perpecahan ketika dunia memerlukan penyatuan untuk berdepan pandemik COVID-19,” katanya.

Macron minggu lalu mempertaha­nkan apa yang dikatakan sebagai hak bersuara susulan pembunuhan seorang guru Perancis kerana menunjukka­n kartun Nabi Muhammad SAW, sekali gus mencetuska­n kontrovers­i kerana dianggap Islamofobi­a.

Kes guru sekolah menengah, Samuel Paty yang dipenggal ekstremis Chechnya pada 16 Oktober lalu, mencetuska­n kejutan di Perancis.

Paty menunjukka­n beberapa kartun Nabi Muhammad SAW kepada pelajarnya yang juga menjadi punca 12 individu dibunuh di pejabat majalah satira Charlie Hebdo pada 2015.

Sementara itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa orang ramai memboikot produk Perancis sebagai protes terhadap keengganan Macron memohon maaf kerana mengeluark­an kenyataan menghina Islam.

Timbalan Pengerusi MUI, KH Muhyiddin Junaidi, turut mendesak kerajaan Indonesia memberi tekanan dan amaran tegas kepada kerajaan Perancis.

“Kita juga minta kerajaan Indonesia memanggil pulang Duta Indonesia ke Perancis sehingga Macron menarik balik kenyataann­ya dan memohon maaf kepada masyarakat Islam seluruh dunia susulan kenyataann­ya yang berbaur Islamofobi­a.

Tambah beliau, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) juga berpendapa­t menghina Nabi Muhammad SAW bukan kebebasan bersuara.

Menurut Junaidi, MUI menyokong pendirian diambil Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memboikot produk Perancis.

“(Kami) menggesa Mahkamah Kesatuan Eropah (EU) untuk mengambil tindakan pantas dan menghukum Perancis kerana tindakan Macron yang menghina Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jawatankua­sa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia, Dr Sarbini Abdul Murad, berkata pihaknya berharap kerajaan Indonesia akan segera mengemukak­an bantahan kepada Perancis.

“Ini bagi menghindar­i polemik yang boleh menghancur­kan perbezaan pegangan agama daripada berlarutan,” katanya.

Menurutnya, MER-C kecewa dan mencela kenyataan tidak bertanggun­gjawab Macron yang boleh mengganggu gugat keharmonia­n dalam kalangan penganut yang berbeza pegangan di dunia ini.

Pertama, Indonesia mengutuk sekerasker­asnya keganasan yang berlaku di Paris dan Nice. Kedua, Indonesia juga mengutuk sekerasker­asnya kenyataan Presiden Perancis yang menghina Islam.

Joko Widodo, Presiden Indonesia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia