Berita Harian

Pemimpin prodemokra­si Thailand dibawa ke hospital

-

Bangkok: Tiga pemimpin utama tunjuk perasaan di Thailand dikejarkan ke hospital dari balai polis Bangkok kelmarin selepas kekecohan tercetus apabila mereka dibebaskan dengan jaminan atas dakwaan menghasut.

Kekecohan berlaku apabila polis cuba menahan semula Panupong ‘Mike’ Jadnok, Panusaya ‘Rung’ Sithijiraw­attanakul dan Parit ‘Penguin’ Chiwarak atas tuduhan lain sejurus dibebaskan.

Jadnok dilihat tidak sedarkan diri ketika dimasukkan ke dalam ambulans dan media tempatan melaporkan dia pengsan selepas ‘dicekik’ polis berpakaian preman.

Jadnok, Sithijiraw­attanakul dan Chiwarak yang ditahan sejak pertengaha­n bulan lalu antara individu utama dalam gerakan prodemokra­si di Thailand.

Penunjuk perasaan menuntut reformasi sistem monarki negara itu dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut Chano-cha, bekas ketua tentera yang mendalangi rampasan kuasa pada 2014.

Tunjuk perasaan dipimpin pelajar yang berlaku hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu, turut menggesa pindaan perlembaga­an yang digubal tentera dan penamatan tindakan kerajaan yang didakwa mengganggu perjuangan mereka.

Chiwarak mencabar polis menangkapn­ya semula ketika berucap di hadapan kira-kira 300 penyokongn­ya di luar balai selepas dibebaskan kelmarin.

Sithijiraw­attanakul yang rambut panjang kuningnya dipotong dan diwarnakan hitam ketika dalam penjara, diberi sejambak bunga oleh hadirin.

“Gerakan ini perlu diteruskan, semua pihak perlu komited untuk tidak bertindak ganas.

“Jika keganasan berlaku, ia bukan daripada kami. Walaupun semakin kecewa, jangan kita jatuh ke dalam perangkap mereka,” kata aktivis wanita itu.

 ?? (Foto AFP) ?? Aktivis prodemokra­si, Jadnok dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri di balai polis Bangkok.
(Foto AFP) Aktivis prodemokra­si, Jadnok dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri di balai polis Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia