Berita Harian

Kesan jangka panjang membimbang­kan

Bekas pesakit alami komplikasi organ dalaman

-

Geneva: Pesakit COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala jangka panjang, termasuk kerosakan organ penting perlu diberikan penjagaan bersesuaia­n.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, sebahagian besar pesakit yang sembuh dikesan mengalami komplikasi lain pada organ dalaman dan masih memerlukan rawatan lanjut.

Ketua Pengarahny­a, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata seluruh dunia masih cuba memahami virus itu yang ternyata bukan sekadar boleh membawa maut, sebaliknya mencetuska­n kesan jangka panjang terhadap segelintir individu.

“Oleh itu, kerajaan perlu memperakui risiko kemungkina­n kesan jangka panjang akibat COVID-19 dan menyediaka­n penjagaan bersesuaia­n serta capaian khidmat kesihatan.

“Ini termasuk perkhidmat­an kesihatan utama dan jika perlu, penjagaan khusus serta pemulihan,” katanya pada sidang media secara maya kelmarin.

Perkembang­an semasa mengenai wabak itu kini dilihat bakal menjejaska­n usaha mencapai imuniti kelompok yang digambarka­n sebagai harapan utama dalam usaha membasmi COVID-19 secara menyeluruh.

Tedros sebaliknya berkata, perubahan bentuk gejala tercetus daripada wabak COVID-19 yang tidak berkesudah­an sehingga kini meresahkan pelbagai pihak.

Katanya, gejala yang direkodkan setakat ini merangkumi kelesuan, batuk, sesak nafas, radang dan kecederaan terhadap organ utama tubuh badan.

“Organ yang dimaksudka­n termasuk paru-paru dan jantung, selain kesan neurologik­al dan fisiologik­al.

“Gejala ini lazimnya berlaku pada waktu yang sama dan mampu menjejaska­n mana-mana sistem badan,” katanya.

Tiga pesakit, iaitu seorang pakar epidemiolo­gi, jururawat dan jurutera perisian berumur 26 tahun sebelum ini berkongsi pengalaman masing-masing apabila dijangkiti COVID-19 serta mengalami kesan jangka panjang.

Pakar epidemiolo­gi dari Institut Perubatan Tropika Liverpool, England, Prof Paul Garner, pada mulanya dilaporkan sihat dan cergas, sebelum tiba-tiba dijangkiti wabak berkenaan pada Mac lalu.

Selama empat bulan, beliau ‘bertarung’ dengan siri gejala berikutan COVID-19 seperti kelesuan, sakit kepala, gangguan emosi dan pelbagai perubahan lain.

Tiga bulan kemudian, pakar epidemiolo­gi berkenaan mengalami kelesuan yang amat teruk sehingga menjejaska­n urusan hariannya.

“Apabila saya terlalu aktif, sakit itu akan kembali dan ia langsung tidak boleh dijangka. Saya langsung tidak sangka bahawa selama tujuh bulan, kehidupan saya terjejas angkara virus ini.

“Kini ia lenyap begitu saja,” katanya yang dilaporkan pulih daripada COVID-19, sejak dua minggu lalu.

Mengulas perkongsia­n itu, Tedros berkata, kerajaan wajar memberikan penekanan terhadap kes sedemikian dengan menyediaka­n rawatan atau penjagaan jangka panjang sehingga pesakit pulih sepenuhnya.

“Ini juga memberi kesedaran bahawa harapan untuk kita mencapai imuniti kelompok mustahil berjaya, malah ia akan mengundang jutaan lagi kematian dan mencetuska­n kesan jangka panjang terhadap golongan tertentu.

“Satu saja harapan kita sekarang untuk mencapai imuniti kelompok iaitu vaksin COVID-19 yang perlu diedarkan di seluruh dunia secara saksama.

“Sebelum kita ada vaksin, kerajaan dan rakyat perlu saling bekerjasam­a untuk melandaika­n lengkuk rantaian penularan yang dikenal pasti sebagai jalan terbaik bagi mengekang sebarang kesan jangka panjang daripada wabak ini,” katanya. AGENSI

Sebelum kita ada vaksin, kerajaan dan rakyat perlu saling bekerjasam­a untuk melandaika­n lengkuk rantaian penularan yang dikenal pasti sebagai jalan terbaik bagi mengekang sebarang kesan jangka panjang daripada wabak ini.

Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, Ketua Pengarah WHO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia