Berita Harian

Amerika Syarikat melepasi 9 juta kes

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) kelmarin merekodkan kes jangkitan COVID-19 melepasi angka sembilan juta, beberapa hari sebelum rakyatnya memilih presiden baharu.

Negara yang berdepan lonjakan kes sejak pertengaha­n Oktober lalu mencatatka­n 9,318,043 kes termasuk 235,180 kematian setakat jam 6 petang semalam.

Ketika ini, virus itu merebak secara meluas di Midwest dan pada Jumaat lalu, AS mencatat rekod jangkitan harian baharu lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam, mengatasi rekod sehari sebelumnya yang melebihi 91,000 kes.

Sekurang-kurangnya sembilan negeri iaitu Indiana, Ohio, Maine, Minnesota, Illinois, Dakota Utara, Carolina Utara, Michigan dan Oregon melaporkan peningkata­n kes harian COVID-19.

Indiana juga melaporkan jumlah kemasukan ke hospital yang melambung tinggi di seluruh negeri itu.

New York dan bahagian timur laut turut menyaksika­n peningkata­n jangkitan yang membimbang­kan ketika mengharung­i musim sejuk.

Menjelang empat hari pilihan raya presiden, penyandang jawatan itu, Donald Trump berusaha

Kenderaan beratur

mempertaha­nkan Rumah Putih daripada pencabarny­a, Joe Biden yang mengecam cara beliau menangani krisis COVID-19.

Dengan jumlah kes semakin meningkat, Trump kini mengurangk­an kempen dengan sedikit penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka.

Beliau berulang kali mengatakan kepada penyokongn­ya bahawa negara itu melandaika­n lengkuk terhadap jangkitan COVID-19.

Pada peringkat global, virus itu sudah menjangkit­i 45,997,833 orang, mengakibat­kan 1,195,069 kematian di 215 negara setakat jam 6 petang semalam, sejak mula di kesan di Wuhan, China akhir tahun lalu. AFP

 ?? (Foto The New York Times) ?? di laman pandu uji COVID-19 di El Paso, Texas.
(Foto The New York Times) di laman pandu uji COVID-19 di El Paso, Texas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia