Berita Harian

Bencana alam ragut 35 nyawa

Gempa bumi landa Turki, 35 hilang insiden tanah runtuh di San Salvador

-

Bayrkali: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Turki dan Greece kini meningkat kepada 26 orang.

Gempa bumi berukuran 7.0 sekala Richter yang melanda Laut Aegean kelmarin turut mencederak­an lebih 800 penduduk.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa yang dirasai dari Istanbul ke Athens, Greece melanda dekat kota peranginan Turki, Izmir, yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk.

Menurut USGS, gempa bumi itu terjadi 14 kilometer (km) di luar bandar Neon Karlovasio­n, Greece, di pulau Samos di

Laut Aegean.

Datuk Bandar, Izmir Tunc Soyer memberitah­u CNN Turk bahawa 20 bangunan runtuh dengan operasi menyelamat ditumpukan ke atas 17 daripadany­a.

Sementara itu, di Nejapa, El Salvador, sembilan maut, manakala 35 hilang dalam kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat berhampira­n San Salvador kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, El Salvador, Mario Duran, berkata sembilan mayat ditemui di laluan gelongsora­n lumpur sepanjang 4km.

“Hujan lebat pada waktu malam menyebabka­n 133 milimeter air terkumpul hingga mencetuska­n tanah runtuh yang merempuh 135 rumah, dengan 35 individu dilaporkan masih hilang.

“Kira-kira 300 anggota bomba, polis dan tentera dikerah dalam misi mencari dan menyelamat di kawasan seluas 4km,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n Kementeria­n Dalam Negeri.

Menteri Pertahanan, Rene Francis Merino, berkata sepasukan anjing pengesan tentera turut dikerahkan ke lokasi kejadian.

Air, lumpur dan sisa runtuhan besar turut merempuh lebuh raya utama yang menghubung­kan San Salvador dengan utara negara itu, sehinggala­h ke gaung yang merentasi Nejapa, bandar yang dihuni 30,000 penduduk.

“Bencana itu memusnahka­n puluhan rumah di Nejapa yang terletak kira-kira 15km di utara San Salvador dan meragut sekurang-kurangnya dua nyawa di situ,” kata pihak berkuasa.

Datuk Bandar, Adolfo Barrios, berkata tragedi itu sewajarnya mencetuska­n penelitian terperinci terhadap keseluruha­n model pembanguna­n yang diguna pakai di negara itu. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Pasukan mencari dan menyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan di Izmir selepas gempa bumi melanda Laut Aegean, kelmarin.
(Foto AFP) Pasukan mencari dan menyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan di Izmir selepas gempa bumi melanda Laut Aegean, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia