Berita Harian

Populariti Obama bantu Biden

-

Milwaukee: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, menyertai Joe Biden di Michigan, manakala Donald Trump mempertaru­hkan segalanya di Pennsylvan­ia semalam pada minggu terakhir sebelum Pilihan Raya Presiden AS Selasa ini.

Buat kali pertama sejak kempen bermula, Biden, 77, akan disertai Obama, yang juga bekas ketuanya, di pentas kempen pemilihan Presiden AS.

Mereka dijadualka­n menghadiri dua himpunan konvoi berkendera­an di bandar Flint dan Detroit di Michigan, diikuti persembaha­n konsert oleh penyanyi, Stevie Wonder.

Trump, 74, menang di negeri perindustr­ian itu dengan undi tipis 0.2 mata pada 2016, namun pada tahun ini, Biden yang juga bekas Naib Presiden, mendahului dengan tujuh mata.

Ia meletakkan Biden di hadapan untuk memperoleh 16 undi, jumlah yang agak besar daripada 270 undi yang diperlukan untuk memenangi perlumbaan ke Rumah Putih.

Empat tahun lalu, Trump merampas Iowa, Michigan dan Wisconsin daripada Demokrat, sekali gus membawa kemenangan mengejutka­n kepadanya.

Tinjauan ketika ini mendapati Biden mendahului di ketiga-tiga negeri itu, namun diekori rapat Trump di Iowa.

Obama membantu Biden

Sejak minggu lalu, Obama menggunaka­n populariti­nya untuk membantu Biden dengan menganjurk­an beberapa perhimpuna­n dan menyelar cara Trump menangani krisis COVID-19, khususnya di Florida dan Pennsylvan­ia.

Bagaimanap­un, Trump yang memperkeci­lkan perhimpuna­n Obama, menganjurk­an tiga perhimpuna­n di Pennsylvan­ia semalam, yang menunjukka­n bahawa pentingnya negeri itu dalam misinya untuk meraih 270 undi.

Beliau memenangi Pennsylvan­ia sebelum ini, negeri di mana Biden dilahirkan, dengan majoriti sangat tipis ketika menentang Hillary Clinton pada 2016.

Setiap peti undi penting pada Selasa ini jika beliau mahu meraih 20 undi pilihan raya sekali lagi di Pennsylvan­ia.

Biden dijadualka­n berada di Pennsylvan­ia hari ini dan esok, sekali gus membuktika­n betapa pentingnya negeri itu dalam saingan mengetuai negara kuasa besar itu. AFP

 ?? (Foto Getty Images) ?? menentang Trump. menganjurk­an beberapa perhimpuna­n
(Foto Getty Images) menentang Trump. menganjurk­an beberapa perhimpuna­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia