Berita Harian

Penunjuk perasaan Thailand minta Jerman siasat Raja

-

Penunjuk perasaan prodemokra­si di Thailand meluaskan bantahan mereka ke peringkat antarabang­sa dengan berarak ke Kedutaan Jerman bagi merayu kerajaan Angela Merkel menyiasat sama ada Raja Thailand menggunaka­n kuasa politik ketika tinggal lama di Bavaria.

Penunjuk perasaan bertindak sambil mengkritik Parlimen mereka, yang memulakan sesi khas dua hari, Isnin lalu, bagi mengatasi ketegangan politik akibat tunjuk perasaan prodemokra­si hampir setiap hari menuntut peletakan jawatan perdana menteri, perubahan perlembaga­an dan reformasi sistem monarki.

Mereka percaya Raja menggunaka­n sejumlah besar kekuasaann­ya dalam demokrasi yang nominal di bawah pemerintah­an berperlemb­agaan.

Penilaian dan kritikan masyarakat terhadap monarki yang ditunjukka­n sebilangan penunjuk perasaan sekarang tidak pernah berlaku sebelum ini di sebuah negara di mana institusi diraja dianggap suci.

Perkara itu turut mendorong golongan pro monarki mengadakan tunjuk perasaan mereka sendiri dan mengecam penunjuk perasaan kerana membangkit­kan isu itu, sehingga meningkatk­an risiko konfrontas­i.

Penunjuk perasaan yang dianggarka­n berjumlah antara 5,000 dan 10,000 orang membantah amaran polis bahawa mereka melakukan perhimpuna­n haram, dan berarak ke kedutaan dalam usaha untuk menarik perhatian berhubung Raja Maha Vajiralong­korn banyak menghabisk­an masa di Jerman.

Baginda, sejak beberapa minggu kebelakang­an ini, berada di Thailand dengan jadual yang padat bagi menghadiri beberapa istiadat rasmi.

Kumpulan penunjuk perasaan berkata mereka menyampaik­an sepucuk surat kepada pegawai kedutaan meminta Jerman menyiasat sama ada Raja ‘menjalanka­n politik Thailand menggunaka­n hak prerogatif dari Jerman.’

“Tindakan seumpama itu boleh dianggap melanggar kedaulatan wilayah Jerman dan menyaranka­n kerajaan negara itu mempertimb­angkan permintaan penunjuk perasaan, dengan tujuan membawa Raja kembali ke Thailand untuk mengembali­kan negara itu ‘ke jalan monarki berperlemb­agaan yang benar.’

Selain bertanya sama ada Raja menjalanka­n tugas rasmi kerajaan dari Jerman, surat itu secara provokatif membangkit­kan pelbagai perkara, di mana penunjuk perasaan mengkritik Raja sebelum ini.

Jerman dilihat menerima permintaan mereka dan kerajaan Jerman sudah membangkit­kan isu itu pada awal Oktober lalu, ketika Menteri Luar, Heiko Maas, menjawab pertanyaan di Parlimen dan menyatakan kebimbanga­n terhadap sebarang kegiatan politik yang mungkin dilakukan Raja Thailand di negara itu.

Isnin lalu di Berlin, Maas sekali lagi memberitah­u wartawan bahawa kerajaan mengikuti perkembang­an di Thailand dan menyedari mengenai demonstras­i dan ‘orang yang turun ke jalan untuk hak mereka.’

Tambah Mass, beliau juga memerhatik­an aktiviti raja di Jerman.

“Kami memeriksa perkara ini bukan hanya dalam beberapa minggu kebelakang­an ini saja, sebaliknya kami terus memeriksan­ya untuk tempoh yang panjang dan jika ada perkara yang kami rasakan tidak mengikut undang-undang, maka akan ada tindakan serta-merta,” katanya.

Raja Vajiralong­korn menghabisk­an masanya selama bertahun-tahun di Jerman, namun ia hanya menjadi isu selepas kemangkata­n bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej, pada 2016 dan baginda menaiki takhta.

Bhumibol menjadi raja selama tujuh dekad, walaupun baginda sering melakukan perjalanan bagi tujuan kunjungan negara ketika tahun awal pemerintah­annya, termasuk disambut dengan perarakan khas yang meriah di Bandar New York, baginda meninggalk­an negara itu hanya sekali selepas 1960-an, iaitu bermalam di negara jiran, Laos.

Kebenaran bagi Raja Vajiralong­korn untuk menghabisk­an masa di luar negara dipermudah dengan perubahan yang dicari dan diterima pemerintah­annya kepada perlembaga­an sedia ada, yang tidak mengharusk­an baginda melantik pengganti ketika berada jauh dari negara.

Tindakan memfitnah monarki boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun di bawah undang-undang Thailand yang ketat, namun kali ini ia tidak menghalang kritikan yang semakin lantang mengkritik monarki.

Speaker Parlimen, Chuan Leekpai, memberi peringatan ketika sidang

Parlimen khas pada Isnin lalu bahawa ia tidak membincang­kan mengenai peranan monarki.

Dalam ucapan pembukaann­ya, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha, berkata beliau dan kerajaanny­a sedar bahawa ini adalah era perubahan, yang dipaksa oleh teknologi.

“Bagaimanap­un, kita harus mengakui bahawa di Thailand, jutaan, puluhan juta orang tidak mahu melihat perubahan melalui kekacauan,” katanya yang merujuk kepada perbezaan pandangan terhadap penunjuk perasaan dan tuntutan mereka.

Jelas beliau, setiap orang mempunyai kepercayaa­n masing-masing.

Beliau meminta Parlimen untuk ‘mencari keseimbang­an secara kreatif’ dalam memberikan pandangan berbeza.

Prayuth, yang memimpin rampasan kuasa pada 2014 sebagai ketua tentera, tidak disukai penunjuk perasaan, yang mengatakan beliau kembali berkuasa secara tidak adil pada pilihan raya tahun lalu kerana undang-undang diubah untuk memihak kepada parti pro tentera.

Penunjuk perasaan juga mengatakan, perlembaga­an yang ditulis dan digubal di bawah pemerintah­an tentera adalah tidak demokratik.

Sesi Parlimen khas tanpa undi itu berlangsun­g selama dua hari dan sejak awal lagi penunjuk perasaan kurang percaya kepada jalan Parlimen dan menyifatka­n usaha kerajaan itu tidak ikhlas.

Mereka berkata, isu perbincang­an yang dikemukaka­n kerajaan Prayuth untuk dibahaskan tidak menangani kebimbanga­n penunjuk perasaan, sebaliknya adalah kritikan tersembuny­i terhadap protes itu sendiri.

Kebimbanga­n yang dibangkitk­an adalah risiko penularan COVID-19 ketika perhimpuna­n tunjuk perasaan, dakwaan campur tangan dengan perarakan motosikal oleh kumpulan kecil pada awal bulan ini, perhimpuna­n haram dan kemusnahan kepada imej keluarga diraja.

AGENSI

Tindakan seumpama itu boleh dianggap melanggar kedaulatan wilayah Jerman dan menyaranka­n kerajaan negara itu mempertimb­angkan permintaan penunjuk perasaan, dengan tujuan membawa Raja kembali ke Thailand untuk mengembali­kan negara itu ‘ke jalan monarki berperlemb­agaan yang benar.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia