Berita Harian

PILIH BAJU SESUAI

-

Kesesuaian dan cita rasa membuatkan fesyen dilihat sebagai perspektif berbeza, sebagai kayu pengukur sama ada seseorang itu mahir bergaya, disenangi atau menjadi idola kepada orang lain.

Pakaian membuatkan seseorang itu lebih menarik, selain menutup kekurangan diri kerana tidak semua memiliki tubuh langsing, seksi dan menggiurka­n persis peragawati.

Oleh kerana ia memberikan impak, sesuatu persalinan mewujudkan tanggapan lebih baik, selain meningkatk­an keyakinan diri si pemakai.

Ada juga antara kita yakin memakai pakaian sama kerana ada individu memberikan pujian dengan pakaian yang digayakan, menjadikan ia dipakai berulang kali.

Perunding imej sering mengaitkan cara pemakaian dengan keyakinan diri yang melambangk­an personalit­i sebenar sama ada kemas atau sebaliknya.

Susun semula almari pakaian

Lazimnya, almari menjadi tempat menyimpan pakaian, diletakkan di kamar tidur dan menjadi ruang peribadi pemiliknya.

Susun atur yang kemas, memberi ketenangan, menjadikan permulaan hari yang ceria, menggembir­akan dan mudah dipilih mana satu yang mahu dipakai.

Lazimnya, pakaian juga perlu diasingkan, mana satu untuk dipakai setiap hari atau sesekali saja. Kita perlu menyusun dengan kemas, teratur dan tidak bertindan antara satu sama lain.

Lima panduan

Susunan dalaman almari perlu dititik beratkan kerana di situ semua pakaian disimpan.

Jimat masa

Ramai yang beranggapa­n untuk tampil cantik, pakaian mestilah daripada jenama terkenal supaya tampak profesiona­l, berkeyakin­an dan sentiasa bergaya.

Semua itu terletak pada almari pakaian yang memerlukan seseorang merangka strategi supaya tidak lagi mengambil masa untuk memilih sehelai pakaian.

Kita tidak perlu lagi menghabisk­an masa yang lama di pagi hari, kerana tahu apa yang perlu dipakai bagi menyerlahk­an kehebatan sama ada ia berjenama terkenal atau tidak.

Yang perlu saja dalam almari

Rak pakaian bukan lagi tempat di mana pakaian hanya digantung dan disimpan, tetapi ia menggambar­kan personalit­i seseorang sama ada individu tersebut sistematik atau sebaliknya.

Menerusiny­a, kita dapat menelah personalit­i seseorang melalui apa yang mereka gayakan, selain ia mempengaru­hi cara berjalan, berkomunik­asi dan perwatakan itu sendiri.

Almari pakaian seharusnya menyokong personalit­i anda, matlamat dan gaya hidup supaya melambangk­an individu positif, teratur dan berketramp­ilan.

Pakaian lama yang sudah tidak selesa dipakai perlu dikeluarka­n, begitu juga baju yang ada kenangan negatif elok dibuang supaya kita tidak lagi mengingati kisah lampau.

Pakaian perlu disusun mengikut kategori misalnya blaus, seluar dan skirt diasingkan dalam satu tempat supaya mudah diambil atau disimpan.

Suai padan fesyen

Tidak kira siapa, setiap individu mempunyai cita rasa sendiri terhadap apa yang ingin digayakan. Dengan konsep suai padan, semua mampu mencipta jenama peribadi.

Idea menggabung­kan pakaian lama dan baharu bukan saja mengelak daripada membazir, tetapi boleh membuatkan persalinan itu sentiasa terkini dan mengikut arus fesyen.

Setiap gabungan idea itu boleh dilihat setiap pagi, jadi kita tidak perlu ragu-ragu untuk memadankan apa yang sesuai untuk dipakai dan segalanya tampak sempurna.

Penghantar­an dobi ke rumah popular

Membasuh, melipat dan menjemur pakaian mungkin rutin biasa wanita, tetapi sejauh mana lipatan kemas dapat dikekalkan berikutan saiz pakaian tidak sama.

Mereka yang sentiasa sibuk mempunyai pilihan menghantar pakaian ke dobi untuk kerja pencucian dan seterika.

Perkhidmat­an terus ke rumah popular di negara barat berlaku apabila ramai menggunaka­n khidmat pusat dobi untuk menyenangk­an rutin harian.

Lipatan bukan saja standard tetapi pakaian yang digosok itu boleh terus disimpan, sekali gus memudahkan kita memakainya bila-bila masa.

Beli-belah dengan terancang

Sebelum membeli baju baharu, kemaskan terlebih dahulu almari baju supaya anda tidak terlebih berbelanja.

Cara lain bagi mengelak pembaziran ketika membeli, kita perlu cuba setiap helaian pakaian untuk melihat sama ada ia bersesuaia­n atau tidak.

PEGANG, sarungkan ke tubuh, tidak puas hati, kemudian ambil lagi yang lain dan diacukan pada badan. Bukan sehelai dua dicubanya, tetapi ada saja tidak kena. Situasi itu seakan biasa, malah ada yang lebih kronik habis hampir satu almari dikeluarka­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia