Berita Harian

BIAR TAK POPULAR SEKELIP MATA

Chubb-e tunggu 8 tahun bolosi pencalonan ABPBH

- Fatin.farhana@bh.com.my

Oleh Fatin Farhana Ariffin

Lapan tahun bukanlah tempoh yang singkat dalam perjuangan penyanyi, Chubb-e. Namun, tuah masih belum menyebelah­inya biarpun pernah menyertai dua program realiti.

Nasib Chubb-e atau nama sebenarnya, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy tidak bertuah seperti rakan seangkatan­nya, Zynakal dan Yonniboii yang pantas membina nama dan populariti.

Tidak sesekali cemburu dengan kejayaan dua rakannya, Chubb-e berkata, kejayaan mereka menjadi pembakar semangat buatnya terus berjuang.

“Walaupun Zynakal dan Yonniboii masih baru, tetapi mereka sudah membina nama dan reputasi yang baik. Saya bangga melihat mereka kian dikenali. Bagi saya, karya mereka diterima baik disebabkan lagu yang dihasilkan mengikut trend dan fokus pada muzik peredaran zaman.

“Saya pula bukanlah penyanyi sebegitu. Saya tak mahu menjadi penyanyi yang hanya popular pada satu masa. Biarlah mengambil masa yang lama atau berjalan perlahan, tetapi akan tiba ke puncak suatu hari nanti.

Cipta trend tersendiri

“Jika boleh, saya mahu cipta trend tersendiri. Saya mahu menjadi penyanyi yang boleh menghasilk­an karya dan video muzik turut dihasilkan sendiri. Dengan kelebihan ini, saya mungkin mampu bertahan lama dalam industri hiburan,” katanya kepada B*POP.

Selepas sekian lama, akhirnya nama Chubb-e membolosi nama menerusi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, penyanyi lagu itu berkata, dia mula percaya namanya perlahan-lahan diterima dalam industri seni.

Bersyukur diberi kepercayaa­n, juara program itu mengharapk­an pembabitan­nya sebagai anak seni lebih dipandang serius menerusi pencalonan ABPBH 33.

“Jujurnya, saya tak pernah menyangka nama membolosi dalam mana-mana anugerah. Saya terkejut apabila ada peminat yang ‘tag’ nama dalam laman sosial selepas mengundi. Lebih terharu, apabila mereka membuat poster.

“Alhamdulil­lah, ramai peminat lama dan baharu yang mengundi saya. Tak jangka, peminat memberi sokongan memandangk­an nama saya bukanlah besar dalam industri hiburan. Syukurlah, rezeki saya menerusi pencalonan pertama saya dalam ABPBH 33.

“Soal menang atau kalah, terserahla­h pada rezeki. Berada dalam kalangan nama popular dan hebat sudah cukup membuatkan saya rasa teruja,” katanya. Bekas peserta program

itu berkata, dia tidak menafikan penyertaan­nya menerusi program realiti,

memberi impak kepada pencalonan ABPBH 33.

“Sebelum ini, saya hanya dikenali sebagai penyanyi kanakkanak. Bagaimanap­un, peminat mula melihat sisi berbeza dan matang selepas program realiti,

katanya.

Alhamdulil­lah, ia bagaikan rezeki terpijak apabila disenaraik­an dengan nama artis baharu hebat yang lain

 ??  ?? Naib juara Kumpulan Chubb-e & Zeppo Youngsterz Crew menerusi program Dansa dan Sing.
Naib juara Kumpulan Chubb-e & Zeppo Youngsterz Crew menerusi program Dansa dan Sing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia