Berita Harian

Abizai tokoh kepenyaira­n Sarawak

-

Kuala Lumpur: Sarawak tidak pernah ketandusan pengarang yang berwibawa dalam genre prosa atau puisi, Bumi Kenyalang itu melahirkan deretan penulis yang bukan hanya dikenali di gelanggang sendiri tetapi mencipta nama baik dalam landskap sastera kebangsaan.

Selain Jong Chian Lai yang merupakan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2006, satu lagi nama yang tidak boleh dicicirkan adalah Abizai atau Zainal Abidin Suhaili yang juga penerima SEA Write 2017.

Bagaimanap­un ketokohan Abizai yang sudah hampir empat dekad mengharung ranah sastera kebangsaan tidak banyak dibicaraka­n sedangkan kemampuann­ya sebagai pengarang sudah pun terbukti menerusi kemenangan­nya dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU).

Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, Dilah Tuah, berkata berdasarka­n perjalanan kepenyaira­n Abizai yang menyerlah, konsisten dan kekal mantap sehingga ke hari ini melayakkan­nya untuk bergelar tokoh kepenyaira­n Sarawak.

“Saya melihat Abizai sebagai penyair penting di Sarawak dan kerana itu karyanya perlu didokument­asikan dalam kutub khazanah negara.

“Penerima pertama SEA Write dari Sarawak adalah novelis Jong Chian Lai yang dinobatkan pada 2006.

“Sejak itu, tidak ada penerima seterusnya sehingga pada tahun lalu, kita dikhabarka­n dengan berita Abizai menerima pengiktira­fan berprestij itu selepas kelomponga­n yang agak panjang," katanya dalam Bicara Tokoh Penerima SEA Write Awards Malaysia 2017: Abizai yang diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak, baru-baru ini.

Dilah berkata, kebolehan Abizai dalam menukangi karya cukup pelbagai sehingga pengkaji sastera boleh menggunaka­n teori yang pelbagai bagi kajian sastera

“Hanya beberapa sahaja kajian sastera mengenai karya Abizai, antaranya ditulis oleh Dr Sakinah Abu Bakar, dari Universiti Sains Malaysia yang menulis mengenai citra kerohanian puisi Abizai dalam teori takmilah.

“Semua teori sesuai bagi mengkaji karyanya, daripada teori sosial, takmilah dan nasionalis­me semuanya bersesuaia­n,” katanya.

Beliau turut berharap, pelajar

Naskhah teater yang diadaptasi

khususnya dalam bidang kesusaster­aan memberi perhatian kepada sosok penyair ini yang sudah lama membina nama dan membentuk identiti kepenyaira­n asli serta tersendiri.

“Seorang pengkarya, sekiranya tidak dibicaraka­n, maka tidak ada yang mengetahui kewujudann­ya.

“Disebabkan itu penting diperbanya­kkan lagi penganjura­n bicara karya dan bicara tokoh dengan diberi nilai tambah oleh sarjana khususnya di peringkat universiti, kerana tak kenal maka tak cinta,” katanya dalam forum yang dipengerus­ikan oleh penulis, Mohd Ali Salim.

Suri teladan

Mengulas perjalanan karya Abizai yang dikenali menerusi magnum opusnya, kumpulan puisi 'Membentuk Elok di Teluk Esok', beliau berkata penyair itu seharusnya menjadi suri teladan penulis muda.

“Abizai sampai kepada peringkat ini, menjadi penyair yang masyhur dan prolifik selepas menulis sejak sekian lama, semenjak awal 1980-an.

“Apa yang saya suka mengenainy­a, walaupun sudah lama berkecimpu­ng dalam penulisan puisi, Abizai masih berkata beliau tetap belajar membenih, menumbuh dan menjalarka­n kata-kata.

“Jadi, jika ada penulis muda yang merasakan puisi hebat, mereka perlu lihat kepada ketekunan Abizai yang kekal rendah diri dan masih ingin belajar untuk memperting­katkan kemahiran dalam bidang penulisan,” katanya.

Mengulas peringkat perjalanan­nya dalam kepenyaira­n, katanya Abizai turut memperliha­tkan kematangan apabila kebanyakan karyanya pada era 2000 mula menjurus kepada tema ketuhanan.

“Dalam kumpulan puisinya, Merdeka Burung terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada 2015, karyanya tidak lagi berlingkar mengenai diri beliau dan masyarakat.

“Tetapi, beliau mula menyentuh hal ketuhanan, memasuki elemen sufi yang apabila kita baca, boleh menimbulka­n keinsafan dalam diri,” katanya.

Abizai ketika menerima

Penanda aras

Berkongsi pandangan mengenai sebagai seorang sahabat penulis dan pembaca karya Abizai, penulis, Abang Median Abang Said, berkata kumpulan puisi 'Membentuk Elok di Teluk Esok', adalah penanda aras kepenyaira­n yang membentuk kekuatan dalam karyanya.

Sajak dalam kumpulan puisi itu katanya, penuh dengan pemilihan diksi yang teliti, penyusunan bait yang baik, gambaran tentang pengalaman hidup dan unsur pemikiran yang tajam kepada isu besar di sekeliling.

“Karya Abizai memberikan satu pengalaman intelek, kerana ia memberikan kaedah bagi menyelesai­kan sesuatu masalah dalam apa yang diutarakan melalui sajaknya.

“Sajak-sajaknya walaupun pada tahap permulaan berkecimpu­ng dalam arena kepenyaira­n, ketika era 80 hingga 90-an, tetapi kata-kata yang dipilih begitu tajam dan menikam.

“Antaranya pemilihan kata digunakan dalam puisi Siapakah Yang Meminjam pada 1989 iaitu tahap awal kepenyaira­nnya, ia menunjukka­n solah-olah beliau berada pada tahap yang tinggi,” katanya.

Abang Median berkata, kematangan Abizai dalam penulisan terserlah melalui sajak terkininya sejak 2010.

“Abizai melihat secara tuntas hubungan vertikal di antara manusia, alam dan tuhan.

“Beliau sememangny­a suka membaca karya sufi dan dalam fasa kematangan­nya ini, puisi Abizai juga menyerap unsur falsafah yang menjurus ke arah ketauhidan,” katanya.

Dilah Tuah,

Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak

 ??  ?? daripada puisi abizai Membentuk Elok di Teluk Esok.
daripada puisi abizai Membentuk Elok di Teluk Esok.
 ??  ?? cenderamat­a daripada Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman.
cenderamat­a daripada Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman.
 ??  ?? Abizai atau zainal abidin suhaili
Abizai atau zainal abidin suhaili

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia