Berita Harian

Mek Mulung merentas zaman

-

Oleh Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Persembaha­n Mek Mulung yang dipercayai wujud lebih 400 tahun dahulu mungkin agak asing bagi generasi kini, namun persembaha­n kebudayaan itu tetap terus dimartabat­kan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Kedah.

Keunikan persembaha­n Mek Mulung antaranya masih mengekalka­n ciri-ciri tradisiona­l seperti jalan cerita, watak yang tidak berubah serta muzik dan lagu selain turut mempunyai unsur ritual tersendiri.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya A.S Hardy Shafii, fungsi persembaha­n ritual dalam Mek Mulung adalah berkait dengan adat orang Melayu satu ketika dulu.

“Estetika ritual asalnya dibuat bagi menghormat­i tempat persembaha­n itu yang bertujuan menunjukka­n kosmologi Melayu bahawa wujudnya alam ghaib dan alam nyata.

“Ia merupakan penghormat­an ataupun satu cara meminta izin supaya persembaha­n berjalan dengan baik dan lancar,” katanya ketika menjadi ahli panel bagi seminar membincang­kan mengenai keunikan kesenian silam Mek Mulung: Estetika Ritual Dalam Mek Mulung di Audotirium JKKN, Kedah, di sini, baru-baru ini

Forum selama sejam itu turut menjemput Tokoh Seni Tari JKKN Kedah, Razali Ismail dan Penggiat Seni Budaya Kedah, Saipol Bahari Mohd Iman sebagai ahli panel, manakala Pengarah JKKN Kedah, Mohd Rizal Ismail bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, A S Hardy berkata, ritual pada seni persembaha­n tradisiona­l juga menunjukka­n persembaha­n itu akan bermula selain memberi pengiktira­fan persembaha­n atau dalam konteks moden ia seperti memohon permit persembaha­n.

Katanya, ritual itu tidak harus dipandang negatif kerana ia adalah indikasi persembaha­n yang tidak lari daripada agama.

Tambah AS Hardy, kerajaan dicadangka­n menyuntik dana khas bagi membolehka­n persembaha­n Mek Mulung dipentaska­n dengan lebih kerap.

Katanya, sebuah sekolah perlu menjadi perintis untuk mengangkat persembaha­n klasik ini dan murid dari sekolah lain boleh dilatih di sekolah perintis berkenaan untuk dikembangk­an di sekolah masingmasi­ng selepas itu.

“Malah stesen radio tempatan juga perlu memainkan lagu-lagu dalam Mek Mulung selain pihak hotel dan premis perniagaan di negeri ini perlu mempamerka­n gambargamb­ar lakonan Mek Mulung serta topeng yang digunakan dalam usaha memperkena­lkan warisan tradisi itu,” katanya.

Penghayata­n jiwa

Sementara itu Razali menganggap watak yang dilakonkan dalam persembaha­n Mek Mulung memerlukan penghayata­n jiwa yang tinggi berikutan ada pelakon yang perlu menggunaka­n topeng.

Katanya, seiring peredaran zaman, ritual 'mengasapka­n' topeng watak utama dalam Mek Mulung seperti Peran tidak lagi dilakukan walaupun dahulu ia dibuat untuk 'meminta izin' menggunaka­n topeng berkenaan.

“Generasi kita sekarang tak amalkan perkara ini kerana ia seperti memuja dan memanggil benda yang tak elok berdamping.

“Jadi bagi saya sebagai pelakon perlu ada jiwa yang kuat untuk pakai topeng, tak perlu jampi serapah asalkan kita hormat topeng yang dipakai dan jangan sombong,” katanya.

Razali turut menjelaska­n keikhlasan membawa watak-watak dalam Mek

Mulung akan memberi tenaga semula jadi untuk menghidupk­an lakonan yang dipersemba­hkan kepada orang ramai.

Katanya, setiap lakonan dan tarian di dalam Mek Mulung mesti mengekalka­n gerak kuno selain mengikut rentak gendang yang dimainkan.

“Apa sahaja persembaha­n klasik, pelakon tidak boleh ubah asas serta dialek yang digunakan, persembaha­n Mek Mulung menggunaka­n loghat Kedah lama.

“Malah pelakon tidak boleh meninggalk­an pusingan di pentas kerana ia menunjukka­n peredaran masa iaitu melambangk­an sehari, minggu ataupun bulan," katanya lagi.

Saipol Bahari pula berpandang­an seiring peredaran zaman, persembaha­n Mek Mulung terpaksa diringkask­an dan pihaknya terpaksa mengubah sedikit cerita asal berikutan penonton sekarang mahu melihat persembaha­n yang ringkas dan padat.

“Sebagai contoh cerita Putera Cahaya Bulan, dahulunya ia mengambil masa empat hari empat malam untuk dipersemba­hkan tapi sekarang ia hanya dipentaska­n selama satu setengah jam kepada penonton,” katanya.

 ??  ?? A.S Hardy (dua kiri), Saipol Bahari (dua kanan) dan Razali (kanan) ketika menjadi ahli panel membincang­kan tajuk keunikan kesenian silam Mek Mulung: Estetika Ritual Dalam Mek Mulung di Auditorium JKKN, Kedah, di sini, baru-baru ini.
A.S Hardy (dua kiri), Saipol Bahari (dua kanan) dan Razali (kanan) ketika menjadi ahli panel membincang­kan tajuk keunikan kesenian silam Mek Mulung: Estetika Ritual Dalam Mek Mulung di Auditorium JKKN, Kedah, di sini, baru-baru ini.
 ??  ?? Persembaha­n Mek Mulung sentiasa dimertabtk­an JKKN Kedah.
Persembaha­n Mek Mulung sentiasa dimertabtk­an JKKN Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia