Berita Harian

Sambutan serlahkan kemuliaan Baginda perlu sentiasa disemarak

-

Oleh Latifah Arifin

Ingatan terhadap Rasulullah SAW perlu utuh pada setiap masa kerana ia tanda kecintaan tidak berbelah bahagi terhadap Baginda yang diutuskan kepada umat akhir zaman sebagai penyuluh kepada jalan kebenaran.

Bagaimanap­un, sambutan tentunya lebih luar biasa pada bulan ini, kerana umat Islam sebagai pencinta Nabi Muhammad SAW menyambut Rabiulawal dengan penuh kegembiraa­n.

Ini termasuk memperbany­akkan selawat, mengimbas sejarah kehidupan Baginda, perjuangan dan kasih sayang kepada umat sehingga penghujung hayatnya.

Walaupun negara berdepan fasa pandemik COVID-19 yang menyukarka­n pergerakan termasuk mengehadka­n sambutan Maulidur Rasul, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita terus menghayati dan mengamalka­n semua ajaran dan panduan hidup ditinggalk­an Baginda.

Mufti Wilayah Persekutua­n, Dr Luqman Abdullah, berkata sepatutnya dalam musim COVID-19 ini, ia meningkatk­an lagi kasih dan cinta kita kepada Nabi SAW.

“Dalam tempoh umat Islam berdepan kesukaran daripada sudut fizikal untuk bergerak ke mana-mana, termasuk ada tempat yang sedang dikuatkuas­akan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), maka untuk kita hadir majlis maulid dan ilmu di masjid atau surau adalah terbatas.

“Semua rakyat perlu akur dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, kerana ia mengambil kira aspek demi menjaga kesihatan semua anggota masyarakat.

“Bagaimanap­un, kita sebenarnya boleh menonjolka­n aspek kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam pelbagai bentuk lain dan majlis maulid masih boleh diadakan antaranya secara dalam talian dan boleh diikuti secara langsung oleh pengguna media sosial,” katanya dalam wawancara khas dengan barubaru ini.

Luqman berkata, dalam tempoh ujian besar sedang dilalui semua umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi hampir di seluruh dunia ini, amat penting untuk mengingatk­an masyarakat dan menarik perhatian mereka terhadap kelahiran insan paling istimewa yang menjadi ikutan sepanjang zaman, Rasulullah SAW.

“Sambutan Maulidur Rasul amat signifikan dan tetap perlu diimarahka­n kerana jika tidak, masyarakat mungkin makin jauh daripada agama dan pemahaman mereka mengenai cinta Rasul.

“Jadi, kita perlu menggunaka­n ruang yang ada untuk mengingatk­an masyarakat sepanjang masa dan ia memerlukan kerjasama semua pihak.

“Antaranya bagi masyarakat di kawasan kampung, pihak autoriti agama boleh memainkan peranan untuk memberi pendedahan berkaitan hal ehwal keagamaan,” katanya.

Selain fokus masyarakat banyak diberikan kepada tanggungja­wab mematuhi SOP bersifat fizikal, keutamaan juga perlu diberikan kepada hal berkaitan kebergantu­ngan kepada Allah SWT.

Katanya, selari dengan ujian COVID-19 yang turut menduga fizikal, mental dan keimanan jiwa setiap insan, ia sebenarnya peluang dan ruang terbaik untuk mengingatk­an masyarakat mengenai pentingnya sambutan Maulidur Rasul dan memupuk sifat cinta Nabi SAW.

Menyentuh perjuangan golongan barisan hadapan yang terus berjuang bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19, Luqman berkata, kedudukan mereka yang sentiasa berdepan risiko jangkitan wabak adalah pengorbana­n yang sangat besar dan sangat dimuliakan Allah SWT.

“Diharapkan golongan ini akan semakin teguh dan cekal dalam melaksanak­an tugas mereka.

“Bukan semua orang boleh menjadi barisan hadapan dan kedudukan mereka sangat terdedah dengan pelbagai risiko.

“Mereka yang sedang berjuang untuk menjaga nyawa manusia yang lain ini dijanjikan ganjaran pahala besar oleh Allah SWT,” katanya.

Katanya, antara amalan yang boleh dilakukan oleh kelompok barisan hadapan untuk samasama meraikan hari kelahiran Rasulullah SAW adalah dengan melipatgan­dakan lagi selawat ke atas Baginda.

“Nabi berpesan, umatnya yang berselawat akan dilimpahka­n dengan banyak kelebihan termasuk dijauhkan daripada segala bala bencana.

“Disebabkan kuatnya hubungan dengan Allah SWT, maka dengan itu menjadi asbab Allah SWT memakbulka­n doa kita, sekali gus insya-allah terhindar COVID-19.

“Dalam pada itu, banyakkan juga berdoa supaya sentiasa dilindungi daripada ujian penyakit yang memudaratk­an,” katanya.

Luqman berkata, golongan barisan hadapan boleh dikaitkan sebagai golongan itsar, iaitu kelompok yang mengutamak­an kepentinga­n orang lain.

“Ada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut mengenai itsar.

“Dalam keadaan sekarang, mereka hadapi risiko yang tinggi tetapi masih menjalanka­n tanggungja­wab untuk mendahuluk­an kepentinga­n kesihatan manusia yang lain dan golongan ini dijanjikan ganjaran besar pahala di sisi Allah SWT,” katanya.

Mengulas cabaran umat Islam hari ini dalam mempertaha­nkan ajaran Nabi Muhammad SAW, beliau berkata, setiap Muslim perlu mempunyai daya juang yang tinggi untuk mempertaha­nkan agama.

“Kita perlu teguh dengan ajaran dibawa Nabi Muhammad SAW dalam semua aspek termasuk akidah, syariat dan tasawuf.

“Dalam situasi akhir zaman ini, yang mana terdapat manusia yang tidak menghirauk­an agama, jadi kita perlu berada dalam kelompok yang mempertaha­nkan agama kerana ia antara perkara yang sangat dituntut oleh Rasulullah SAW.

“Jika ada pihak cuba mempermain­kan Nabi Muhammad SAW, bahkan terdapat banyak kes menghina Baginda, maka tugas kita adalah untuk bangkit dan mempertaha­nkan Baginda dengan cara yang sesuai sama ada menerusi penulisan, atau jika mampu untuk bercakap, jelaskanla­h kedudukan siapakah sebenarnya Rasulullah SAW,” katanya.

Tambahnya, ada kelompok manusia yang tersasar dalam memahami Baginda sehingga mengakibat­kan mereka melakukan perbuatan termasuk menghina Rasulullah SAW.

“Menjadi tanggungja­wab semua umat Islam untuk samasama menyerlahk­an Baginda supaya makin dikenali oleh orang bukan Islam.

“Gunakanlah segala ruang yang ada untuk menyebarlu­askan risalah Nabi Muhammad SAW termasuk melalui media sosial,” katanya.

Sambutan Maulidur Rasul amat signifikan dan tetap perlu diimarahka­n kerana jika tidak, masyarakat mungkin makin jauh daripada agama dan pemahaman mereka mengenai cinta Rasul”

Dr Luqman Abdullah,

Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia