Berita Harian

Kepimpinan Rasulullah dikagumi tokoh bukan Islam

-

Nabi Muhammad SAW tokoh dambaan umat Islam kerana Baginda memiliki kesempurna­an dari segi sifat dan akhlak. Limpahan pujian terhadap Baginda tidak pernah putus sepanjang zaman.

Perbincang­an mengenai Nabi SAW merangkumi ‘katakata, perbuatan, sifat dan persetujua­n’ tiada akhirnya, malah masih banyak lagi perkara berkaitan Baginda yang belum terungkap atau dibincangk­an. Kekaguman terhadap Nabi SAW bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, bahkan bukan Islam. Banyak kajian dan pengamatan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW.

Michael H Hart dalam bukunya,

meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh pertama dalam urutan 100 tokoh yang paling berpengaru­h dalam dunia.

Selain itu, George Bernard Shaw, ahli falsafah Inggeris yang pernah memenangi Hadiah Nobel pada 1920 dalam bidang sastera, pernah menyatakan Nabi Muhammad SAW sangat hebat dan tokoh penyelamat kemanusiaa­n.

Shaw juga meyakini kalau Nabi Muhammad SAW diberi kuasa memimpin dunia moden hari ini, sudah pasti

Baginda dapat menyelesai­kan segala permasalah­an serta mampu membawa dunia ke arah kedamaian dan keamanan diimpikan manusia.

Ia dapat difahami daripada kata-katanya: “Aku membaca kisah kehidupan tokoh Rasul dalam Islam dan sekali-kali aku tidak menemui kecuali akhlak baik serta luhur yang aku sangat berharap agar Islam menjadi pedoman bagi dunia.”

Selanjutny­a Lamar Tine, tokoh sejarah menyebutka­n jika kita ingin melihat aspek kepintaran seseorang manusia, kita perlu melihat Nabi Muhammad SAW. Begitu juga Thomas Carlyle yang menyatakan kekaguman terhadap Baginda kerana berjaya dan mampu mengubah kaum berperang dan jahiliah menjadi bangsa paling maju dan mempunyai peradaban tinggi dalam tempoh singkat.

Begitu juga W Montgomery Watt yang menyatakan, tidak ada tokoh yang amat hebat di dunia ini selain Nabi Muhammad SAW, tetapi digambarka­n ‘amat buruk di Barat’. Orang yang menganggap Baginda sebagai penipu ialah orang bermasalah dan bukan memberi jawapan.

Bagi John L Esposito dalam

menyebutka­n Muhammad SAW seorang Nabi dan Rasul yang membangkit serta membangunk­an peradaban besar di dunia.

Hakikatnya, puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW turut dinyatakan Allah SWT dalam al-quran. Firman Allah SWT merujuk pujian terhadap nabi dengan kalimat seperti wahai Nabi dan wahai orang berselimut.

Berdasarka­n firman Allah SWT itu, Baginda ialah Nabi dan Rasul istimewa di sisi-nya serta mendapat pujian yang tentunya berbeza dengan Nabi terdahulu. Namun, Nabi SAW juga pernah mendapat teguran daripada Allah SWT. Bagaimanap­un, ketika mendapat teguran, Allah SWT menyebut dengan kalimah ‘Allah mengampuni kesalahann­ya terlebih dahulu’ seperti ayat 43 surah al-taubah.

Teguran itu turut diberikan terhadap Nabi SAW yang memberikan keizinan kepada orang tidak pergi berperang atas sebab keuzuran.

Begitu juga terdapat teguran dalam surah Abassa. Dalam hal ini, Sayidatina Aisyah RA meriwayatk­an Allah SWT menurunkan surah ‘Abasa berkenaan Ibnu Ummi Maktum yang buta. Beliau menemui Rasulullah SAW, lalu berkata: “Rasulullah, berilah aku bimbingan.”

Ketika itu, Rasulullah sedang menerima kunjungan pemuka Musyrikin. Sebab itu, Rasulullah mengabaika­n dan tidak melayannya. Ibnu Ummi Maktum bertanya, “Apakah menurutmu perkataank­u salah?” Beliau menjawab, “Tidak.” Kemudian turun surah ini sebagai teguran kepada Rasulullah. (HR Tirmidzi dan Hakim)

Berdasarka­n dua keadaan itu, ia membezakan antara manusia biasa dengan Nabi Muhammad SAW kerana Baginda dianugerah dengan kelebihan daripada Allah SWT. Semua sikap dan keperibadi­an Nabi Muhammad SAW dalam kawalan Allah SWT disebabkan Baginda kekasih-nya dan teladan terbaik kepada manusia seluruh alam.

Atas faktor ini, tokoh ilmuwan Islam Mesir, Abbas al-aqqad, mengklasif­ikasikan sifat manusia kepada empat kategori, iaitu pemikir, ahli ibadah, pekerja dan seniman.

Seorang pemikir jarang menjadi pekerja dan begitu juga pekerja jarang menjadi pemikir. Orang yang menjadi ahli ibadah, barangkali sibuk dengan urusan ibadah di masjid atau surau, juga tidak menjadi pemikir dan ahli ibadah juga jarang menjadi seniman.

Namun, Nabi Muhammad SAW melangkaui semua itu dan Baginda ialah contoh terbaik untuk manusia dan qudwah hasanah seperti firman Allah SWT: (Al-ahzab: 21)

Dr Burhanuddi­n Jalal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia