Berita Harian

Masakan unik popular kalangan penduduk, pengunjung Slim River

-

Oleh Rosman Shamsudin

Negara kita mempunyai banyak makanan unik boleh dijadikan sebagai daya tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Di selatan Perak, ada makanan unik dikenali Mi Gondrong yang popular dalam kalangan penduduk di Kampung Slim Village, Slim River, Perak.

Masakan ini diberi nama yang agak pelik, namun sudah sebati dengan kehidupan penduduk pelbagai kaum khususnya di daerah Muallim.

Perkataan gondrong berasal daripada bahasa Jawa bermaksud ‘rindu’ jadi tidak hairan jika sudah merasai keenakan masakan yang jarang ditemui ini kita ingin menikmati kembali.

Mohamade Razis menunjukka­n

Diwarisi daripada ayah

Dahulunya, perniagaan Mi Gondrong diusahakan seorang penduduk di kampung ini, iaitu Ismail Tahir, 79, namun April lalu beliau meninggal dunia akibat sakit tua

Kini, atas permintaan penduduk dan pelanggan yang mula merindui Mi Gondrong, seorang waris pengusahan­ya, Mohamade Razis Ismail, 37, dan isteri, Mardhiyah Abd Halim, 29, mengusahak­an kembali perniagaan di sebuah gerai Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dekat pekan Slim Village.

Mohamade Razis berkata, nama Mi Gondrong diberikan pelanggan yang datang makan di gerai milik arwah ayahnya sejak 45 tahun lalu.

Beliau mewarisi masakan Mi Gondrong daripada arwah ayahnya kerana turut membantu menyediaka­n ramuan masakan di rumah apabila pulang bercuti.

“Bahan utama Mi Gondrong mudah dan ringkas, iaitu perlukan cili kering untuk dibuatkan sambal, kacang tanah digoreng serta dimesin halus, telur ayam, kicap, sos, daun sup dan ayam untuk bahan kuah sup.

“Cara menghasilk­an Mi Gondrong dengan mencelur mi dan taugeh dalam air rebusan lalu dimasukkan ke dalam pinggan kemudian letakkan sambal, kacang tumbuk, telur rebus, sos, kicap dan daun sup,” katanya.

Pelanggan akan mengaulkan sendiri sebelum menikmati keenakan Mi Gondrong ini.

Beliau berkata, bagi pelanggan yang suka makan Mi Gondrong dalam keadaan agak basah sedikit, mereka boleh menikmati bersama kuah sup tulang ayam yang disediakan oleh beliau bagi menepati cita rasa pelanggan.

Digemari pelbagai kaum

“Ketika Mi Gondrong diperkenal­kan kepada penduduk di sini, harga sepinggan ketika itu hanya 30 sen, namun akibat perubahan masa, kini Mi Gondrong dijual dengan RM2.50 sahaja. “Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan pada 18 Mac lalu, sebanyak 26 kilogram (kg) mi diperlukan, namun kini hanya 20kg,” katanya.

Ketika ini, beliau hanya menjual Mi Gondrong setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 7.30 pagi sehingga 11 pagi bagi mengubati kerinduan pelanggan terhadap Mi Gondrong itu. Masakan Mi Gondrong bukan sahaja digemari orang Melayu, malah semua kaum gemar sehingga ada penduduk yang tinggal di luar negara tetap mencari Mi Gondrong apabila pulang ke kampung.

 ??  ??
 ?? (Foto Rosman Shamsudin/bh) ?? disajikan kepada pelanggan.
Mi Gondrong yang siap untuk
(Foto Rosman Shamsudin/bh) disajikan kepada pelanggan. Mi Gondrong yang siap untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia