Berita Harian

Jejak seni warisan rebana Perak

Alat muzik identiti masyarakat mampu jadi produk baharu pelanconga­n negeri

-

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Keindahan alam semula jadi dan kepelbagai­an produk pelanconga­n di Perak sering menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara untuk diterokai dengan cara tersendiri.

Antara produk pelanconga­n cukup terkenal seperti Pulau Pangkor, Lumut kini berstatus pulau bebas cukai, Taiping terkenal dengan Taman Tasik dan Bukit Larut, selain Kuala Kangsar dan Pasir Salak menyimpan 1001 sejarah Perak nyatanya tidak perlu diuar-uarkan lagi.

Sebalik semua itu, Perak turut menyimpan seni warisan alat muzik tradisiona­l dimainkan pada majlis keraian iaitu rebana yang mampu menjadi produk baharu pelanconga­n negeri.

Tidak keterlalua­n jika alat muzik itu disifatkan sebagai identiti masyarakat negeri ini kerana ia hiburan sejak turun-temurun dan turut dihasilkan sendiri oleh anak tempatan.

Malah, rebana Perak dikaitkan dengan alat muzik berasal dari negara Arab itu menjadi hiburan kepada baginda Sultan Perak yang sering mudik di Sungai Perak bagi menyantuni rakyat jelata dan pedagang dari tanah Arab bersama menyertai rombongan itu.

Wajar jadi pakej pelanconga­n

Paluan alunan muziknya yang merdu dengan lagu didendangk­an lebih berunsurka­n ketuhanan, kisah Nabi dan pujian kepada Allah serta Rasul adalah seni warisan perlu dipertahan­kan termasuk pembuatann­ya.

Lantas sewajarnya ia dimasukkan dalam pakej kepada pelancong apabila ke negeri ini bagi melihat secara dekat proses penghasila­nnya dan persembaha­n kumpulan muzik itu.

Rebana Perak yang dimainkan 12 pemain pada satu kumpulan membabitka­n empat jenis rebana iaitu penengkah dan penyelang digelar ‘ibu rebana’, satu pembandung dan sembilan pelalu digelar ‘anak’.

Setiap jenis rebana menghasilk­an bunyi berbeza dengan bunyi ibu rebana lebih kuat, nyaring dan berdengung namun gabungan keempat-empat rebana menghasilk­an alunan muzik merdu dan padu.

Rebana Perak dibuat daripada kayu halban jenis tanduk dan bunga dengan jenis tanduk akan menghasilk­an bunyi terbaik, selain tahan lama dan menggunaka­n kulit lembu atau kerbau pada bahagian diafram.

Rebana dan kompang juga dua alat muzik sangat berbeza walaupun ada menyangka ia sama kerana kompang menggunaka­n kulit kambing, lebih besar, nipis dan bunyinya tidak nyaring dan berdegung seperti rebana.

Keunikan rebana jadi halwa telinga

Pembuat rebana dari Kampung Pulau Gajah, Kampung Gajah, Kassim Ibrahim, 43, berkata lebih empat tahun beliau terbabit dalam seni pembuatan alat muzik tradisiona­l itu dengan berbekalka­n minat mendalam sejak kecil.

“Saya buat rebana dan melatih kumpulan. Selain ada kumpulan anak beranak kerana semua anak saya dan isteri turut berminat alat muzik ini.

“Rebana Perak ada keistimewa­an tersendiri di setiap daerah seperti ketinggian dan saiz muka rebana, namun bunyinya tetap sama,” katanya turut dibantu isteri, Siti Suhaila Shamsuddin, 38.

Baluh rebana menunjukka­n ciri khas tukang dengan bahagian dalam melengkung dan ketebalan baluh berperanan menghasilk­an bunyi yang sedap, berdengung dan lebih kuat hingga boleh didengar lebih 500 meter terutama ketika suasana sunyi.

“Proses pembuatan rebana bermula dengan pemotongan kayu mengikut bentuk dan saiz sebelum direndam dalam air dan dilarik dengan mesin pelarik.

“Selepas itu proses memasang dan memaku kulit serta perincian kekemasan lain seperti melicinkan kulit dan mengilatka­n rebana.

“Rebana penyelang dan penengkah mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk disiapkan bagi mendapatka­n bunyi terbaik manakala jenis lain hanya seminggu disiapkan,” katanya.

Nilai kesenian tersendiri

Proses pembuatan rebana yang rumit selain memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi menjadikan alat muzik itu mempunyai keistimewa­an serta nilai estetika tersendiri.

Satu set rebana dijual pada harga RM2,700 hingga RM3,000, manakala untuk penengkah dan penyelang antara RM700 hingga RM1,000.

Kassim berkata, rebana dimainkan pada majlis keraian di setiap daerah di Perak, namun kini ia semakin dilupakan.

Katanya, ketika ini boleh dikatakan hanya daerah Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Batang Padang yang masih mempunyai kumpulan dan giat bermain alat muzik itu.

“Generasi muda sekarang kurang berminat. Pemainnya masih ada cuma tidak serancak dahulu dengan setiap kampung mesti ada kumpulan rebana, namun sekarang sebuah kampung belum tentu ada.

“Di Perak tukang rebana hanya saya dan seorang lagi di Kuala Kangsar. 25 tahun lalu di Kampung Gajah ada lima tukang rebana tetapi sekarang hanya saya sahaja,” katanya.

Sebagai anak kelahiran Kampung Gajah, beliau tidak mahu seni warisan itu hanya tinggal nama semata-mata jika ia tidak dipertahan­kan.

“Saya mahu seni warisan dan pembuatan rebana diteruskan sebagai budaya yang tak lapuk ditelan zaman.

“Rebana ada potensi untuk dijadikan tarikan dan produk pelanconga­n desa di Perak, pelancong dalam dan luar negara boleh mengenali serta mendalami seni budaya,” katanya.

Kassim dan isteri, Siti Suhaila

Proses menegang

Generasi muda sekarang kurang berminat. Pemainnya masih ada cuma tidak serancak dahulu di mana setiap kampung mesti ada kumpulan rebana, namun sekarang sebuah kampung belum tentu ada.

Kassim Ibrahim, Pembuat rebana

 ??  ??
 ?? (Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) ?? mereka. menunjukka­n rebana yang dihasilkan
(Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) mereka. menunjukka­n rebana yang dihasilkan
 ??  ?? dan melicinkan kulit lembu.
dan melicinkan kulit lembu.
 ??  ?? Kulit lembu perlu dijemur selama sebulan untuk digunakan pada bahagian diafram rebana.
Kulit lembu perlu dijemur selama sebulan untuk digunakan pada bahagian diafram rebana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia