Berita Harian

Ronaldo ceriakan semula Juventus

-

Serie A

Milan: Bintang Juventus Cristiano Ronaldo kini negatif COVID-19 selepas hampir tiga minggu tetapi kelab Serie A lain, Atalanta, Sassuolo, Crotone dan Parma pula dilanda kes baharu.

Ronaldo kali pertama diuji positif virus berkenaan pada 13 Oktober ketika bermain untuk Portugal.

“Ronaldo menjalani ujian calitan COVID-19 dan keputusann­ya negatif. Jadi pemain itu sudah pulih selepas 19 hari dan tidak perlu dikuaranti­n,” kata Juventus.

Juventus akan bertemu Spezia dengan semua perlawanan Serie A diadakan secara tertutup.

Di Bergamo, sidang media pra-perlawanan pengendali Atalanta Gian Piero Gasperini terpaksa dibatalkan selepas terdapat kes positif dalam kalangan jurulatih pasukan.

Crotone turut mengesahka­n pemain tengah mereka Salvatore Molina menunjukka­n gejala dan menjalani kuarantin kendiri.

Sassuolo, yang bertandang ke Napoli, mempunyai tiga kes baharu termasuk seorang pemain, manakala Parma yang bertemu Inter Milan, mendedahka­n dua pemainnya dijangkiti kali kedua.

Lazio masih menanti keputusan ujian selepas pemainpema­innya termasuk penyerang bintang Ciro Immobile dan Luis Alberto direhatkan daripada aksi Liga Juara-juara di Club Brugge sebagai langkah berjaga-jaga.

Sidang media pengendali­nya Simone Inzaghi menjelang pertemuan dengan Torino juga terpaksa dibatalkan selepas separuh daripada skuad dilaporkan menjalani kuarantin.

Serie A kini dalam usaha meminta UEFA melonggark­an peraturan sedia ada yang membenarka­n perlawanan dilangsung­kan selagi pasukan mempunyai 13 pemain sihat termasuk penjaga gol. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia