Berita Harian

Arul senarai 4 muka baharu, Fitri tercicir

-

Kuala Lumpur: Empat muka baharu disenaraik­an dalam senarai 30 pemain yang akan meneruskan kem latihan pusat skuad hoki lelaki kebangsaan dengan nama jentera tengah berpengala­man seperti Fitri Saari tercicir.

Penjaga gol, Muhamma d Shafie Sahrom, Zulpidaus Mizun (pertahanan), Pavandip Singh (tengah) dan Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana (penyerang) adalah muka baharu yang bakal meneruskan latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, Arul Selvaraj.

“Senarai 30 pemain ini dipilih berdasarka­n etika kerja mereka di atas dan di luar padang,” kata Arul dalam satu sidang media secara langsung menerusi akaun Facebook Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), semalam.

“Sudah tentu, etika kerja, usaha gigih, kesungguha­n dan keberanian mereka untuk terus menunjukka­n peningkata­n secara individu menjadi fokus utama kami. Setakat ini, saya gembira pemilihan dibuat.

“Untuk itu, saya amat menanti-nantikan untuk bekerjasam­a dengan pemain yang baharu dipilih ini dan juga muka lama yang kembali beraksi. Setakat ini, semua yang dipilih menunjukka­n satu disiplin dan motivasi tinggi untuk beraksi dalam skuad kebangsaan.”

Mengulas mengenai kenapakah Fitri tidak disenaraik­an, Arul berkata: "Setakat ini, prestasiny­a belum mampu menambat hati saya. Begitupun, sekiranya dia menunjukka­n sesuatu di liga hoki kebangsaan nanti, pasti saya akan mempertimb­angkannya semula.”

Daripada 30 pemain itu, barisan kejurulati­han turut menyenarai­kan pemain yang masih dalam proses pemulihan, antaranya seperti barisan penyerang berpengala­man, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul dan Muhammad Shahril Saabah.

“Berkenaan dengan pemain yang dipilih dalam skuad walaupun masih dalam proses pemulihan. Haziq dan Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad (pertahanan) sudah mula berlatih dalam pasukan tetapi masih dalam keadaan 50 ke 60 peratus.

“Shahril, Tengku dan Muhammad Hafiz Zainol (tengah), masih belum menjalani latihan tetapi saya percaya mereka ada sesuatu yang boleh diberikan kepada pasukan. Daripada laporan pegawai fisioterap­i kami, Shahril akan menyertai pasukan dalam dua atau tiga minggu lagi, Tengku minggu depan dan Hafiz tidak lama lagi,” kata Arul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia