Berita Harian

Psikologi atlet terjejas angkara COVID-19

-

Kuala Lumpur: Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini sememangny­a memberi kesan terhadap psikologi atlet.

Pegawai Psikologi Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Philip Lew, berkata berdasarka­n kajian Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), 50 peratus daripada 4,089 atlet antarabang­sa yang disoal selidik menyatakan sukar bermotivas­i dalam menjalanka­n latihan sukan dengan efektif.

“Ketidakpas­tian yang berlangsun­g seperti pembatalan dan penangguha­n pertanding­an atau kejohanan juga akan memberikan kesan yang ketara terhadap psikologi atlet sukan.

“Ini termasukla­h sekatan pergerakan daripada kerajaan masing-masing,” katanya.

Sejumlah atlet negara ketika ini turut terkena tempias susulan keputusan kerajaan melaksanak­an kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutua­n, Putrajaya dan Kuala Lumpur

disebabkan peningkata­n kes COVID-19 sejak 14 Oktober lalu.

Walaupun mereka masih dibenarkan meneruskan latihan, ia menggunaka­n pendekatan berasaskan kuarantin yang mana atlet tidak dibenarkan keluar daripada pusat latihan sepanjang tempoh PKPB.

Justeru, Philip, berkata kerjasama antara semua pihak iaitu Majlis Sukan Negara (MSN), ISN dan jurulatih adalah penting bagi memantau status fizikal dan psikologi atlet serta memberikan sokongan yang berterusan dalam mengurangk­an kebarangka­lian impak negatif terhadap atlet negara.

“Atlet juga seharusnya dilatih untuk mempunyai cara pemikiran yang fleksibel untuk menghadapi situasi terkini.

“Mengaplika­sikan kaedah pengurusan emosi dan perasaan (seperti skil imageri dan pernafasan) juga dapat membantu dalam menangani cabaran yang mereka alami sepanjang pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia