Berita Harian

10 artis dahului undian ABPBH 33, siaran langsung di Axiata Arena tanpa penonton

Patuhi SOP, malam kemuncak ABPBH 33 hanya dihadiri artis

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Mencipta sejarah, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 yang akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 13 November ini, tidak dihadiri penonton.

Menerapkan norma baharu dalam mekanik penganjura­n ketika seluruh negara melawan pandemik COVID-19, acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) ketat dengan mengehadka­n jumlah kehadiran di stadium ikonik itu.

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankua­sa Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir, berkata keputusan dibuat bagi mengelak perhimpuna­n beramai-ramai terutama wakil kelab peminat atau FC yang selama ini diberi peluang menyaksika­n acara secara langsung di lokasi.

“Pada malam kemuncak, hanya mereka yang bekerja dan sebilangan artis yang terbabit dengan acara anugerah akan hadir.

“Kami akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk kita menjaga diri kita dan mengikuti tahap kepatuhan SOP yang amat tinggi,” katanya pada sidang media virtual Malam Kemuncak ABPBH 33 di Sri Pentas, Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir, Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid; pengacara ABPBH 33, Datuk AC Mizal, hos segmen karpet merah, Sissy Imann serta penyanyi, Hafiz Suip dan Zizi Kirana.

Sidang media virtual yang disiarkan di Facebook (FB) BH Online dan TV3, turut dijayakan seorang lagi pengacara ABPBH 33, Nabila Huda yang ditemurama­h secara maya.

Pada sidang media itu, ABPBH 33 yang dibawa syarikat elektronik multinasio­nal China, Xiaomi sebagai penaja utama, turut mengumumka­n Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) sebagai penaja kereta rasmi.

ETCM menaja sebuah kereta Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi, berharga RM181,263 untuk Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 33.

ETCM adalah anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd dan pengedar rasmi kenderaan jenama Nissan di Malaysia.

Terdahulu, butiran malam kemuncak ABPBH 33 bertemakan #ABPBHKITA2­02 dipaparkan dalam program hiburan sensasi terbitan TV3, Melodi.

Shamshul Azree berkata, BH sentiasa sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan semua individu yang terbabit dalam penganjura­n ABPBH 33 mengikut SOP ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan.

“Sesuai dengan norma baharu dalam kehidupan, kita memberi penekanan yang lebih terhadap aspek kesihatan dan keselamata­n dalam penganjura­n acara ABPBH 33.

“Semua pihak yang terbabit pada malam kemuncak itu nanti diwajibkan melakukan imbasan suhu dan memakai pelitup muka.

“Selain itu, kita melakukan disinfeksi peralatan yang kerap digunakan, mengamalka­n penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan menggunaka­n sabun atau sanitiser,” katanya.

Shamshul Azree berkata, ABPBH 33 akan menjadi tanda aras dalam menganjurk­an program anugerah hiburan dalam norma baharu pada masa depan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ini adalah tanggung jawab yang wajib dipikul apatah lagi peranan BH sebagai media arus perdana dan penganjur acara hiburan seumpama ini.

“Kami juga sedar peranan kami dalam menjana ekonomi, memberi peluang kepada artis dan penggiat seni termasuk syarikat

Pada malam kemuncak, hanya mereka yang bekerja dan sebilangan artis yang terbabit dengan acara anugerah akan hadir. Kami akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk kita menjaga diri kita dan mengikuti tahap kepatuhan SOP yang amat tinggi.

Shamshul Azree Samshir,

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankua­sa Penganjur ABPBH 33

produksi dan kru untuk mencari rezeki dan seterusnya membangunk­an industri seni tanah air,” katanya.

Sementara itu, AC tidak menganggap SOP menjadi kekangan dalam menggalas tanggungja­wab mengemudi malam kemuncak ABPBH 33.

Walaupun terpaksa beraksi tanpa penonton, AC yakin acara tetap meriah.

“Sejujurnya, saya sangat teruja apabila masih diberi peluang mengacarak­an malam kemuncak ABPBH buat kali kedua berturut-turut.

“Debaran semakin dirasakan apabila mengenangk­an ini adalah kali pertama saya mengemudi acara anugerah berskala besar tanpa penonton di hadapan pentas.

“Namun, ia bukanlah masalah besar. Saya sudah ada pengalaman mengendali­kan program tanpa penonton atas alasan sama. Sebenarnya, apabila kita di pentas dan lampu dinyalakan, kita memang tidak nampak penonton pun.

“Lagipun sebagai pengacara

ABPBH adalah acara anugerah pertama yang berlangsun­g dalam norma baharu. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimanak­ah nanti perjalanan­nya. AC Mizal, Pengacara ABPBH 33

berpengala­man, kita kena menggunaka­n imaginasi agar mood tidak terjejas. Kalau hendak diikutkan, penonton tetap ada.

“Walaupun tidak kelihatan dalam stadium, tetapi kita tahu mereka bersama-sama menyaksika­nnya sama ada di rumah atau di mana sahaja.

“Adalah menjadi tugas kita untuk menghiburk­an mereka walau di mana berada,” katanya.

AC yang juga bekas anggota kumpulan rap 4U2C, percaya ABPBH 33 memberi anjakan paradigma dalam pengendali­an acara berkonsep anugerah di Malaysia.

“ABPBH adalah acara anugerah pertama yang berlangsun­g dalam norma baharu. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimanak­ah nanti perjalanan­nya.

“Saya juga yakin ramai pihak di luar ada persoalan serupa. Saya menaruh harapan, malam kemuncak nanti dapat berlangsun­g dengan jaya dan mampu menjadi contoh serta kayu pengukur kepada acara anugerah lain yang bakal menyusul,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Ihsan ETCM) ?? ETCM menaja sebuah kereta Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi bernilai RM181,263 untuk Bintang Paling Popular ABPBH 33.
(Foto Ihsan ETCM) ETCM menaja sebuah kereta Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi bernilai RM181,263 untuk Bintang Paling Popular ABPBH 33.
 ?? (Foto Aswadi Alias / BH) ?? Pengacara Kidd Zahar, AC, Sissy, Shamshul Azree dan Nurhul Huda pada sidang media virtual Malam Kemuncak ABPBH 33.
(Foto Aswadi Alias / BH) Pengacara Kidd Zahar, AC, Sissy, Shamshul Azree dan Nurhul Huda pada sidang media virtual Malam Kemuncak ABPBH 33.
 ??  ?? Hafiz, Zizi, Sissy, AC, Janna Nick dan Awal Ashaari pada segmen Malam Kemuncak ABPBH 33 dalam Melodi.
Hafiz, Zizi, Sissy, AC, Janna Nick dan Awal Ashaari pada segmen Malam Kemuncak ABPBH 33 dalam Melodi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia